Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Pembantu Kedai Pusat Beli Belah Di Kota Kinabalu Maut, Ditikam Berulang Kali Oleh Bekas Tunang


Seorang wanita ditemui terlentang atas lantai, dibunuh oleh bekas tunang

Pembantu Kedai Pusat Beli Belah Di Kota Kinabalu Maut, Ditikam Berulang Kali Oleh Bekas Tunang. Seorang wanita dipercayai dibunuh oleh bekas tunangnya di sebuah pusat beli-belah di Jalan Haji Saman Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, Isnin.

Menurut laporan, pada jam 12 tengah hari, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu stor di premis itu ditemui terbaring di atas lantai dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, suspek berusia 33 tahun itu berjaya ditahan pihak polis di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pembantu Kedai Pusat Beli Belah Di Kota Kinabalu Maut, Ditikam Berulang Kali Oleh Bekas Tunang
Sumber facebook

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat

“Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa masih bernafas ketika itu dalam keadaan berlumuran darah.

“Pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan, namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuhnya,” katanya pada Isnin.

Mangsa adalah bekas tunangnya

Dalam pada itu, Kalsom turut memaklumkan bahawa polis menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa untuk siasatan lanjut dan merampas sebilah pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Pembantu Kedai Pusat Beli Belah Di Kota Kinabalu Maut, Ditikam Berulang Kali Oleh Bekas Tunang
Sumber: facebook

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Polis Khairul Shah Peri, Unit Forensik Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Sabah serta sepasukan pegawai dan anggota turut berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications