Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pembunuh upahan tersilap bunuh mangsa


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

WASHINGTON – Seorang wanita mendakwa bahawa bekas suaminya tersilap membunuh saudara perempuannya selepas berkomplot untuk membunuhnya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Adik perempuan mangsa, Alisa Canales McGuire, 24, ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan yang menceroboh rumahnya di Washington pada September 2017.

Pada November 2021, Kevin Lewis, 34, didapati bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjara seumur hidup tanpa parol oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Paul Thompson.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi dokumen mahkamah, Lewis dikatakan mengupah sepupunya yang berusia 18 tahun, Jerradon Phelps untuk membunuh bekas isterinya, Amanda Canales.

Phelps yang menerima upah sebanyak AS$2,400(RM10,101) untuk membunuh ibu kepada tiga anak itu, memandu ke rumah sasaran bersama teman wanitanya, Alexis Hale kira-kira pukul 2.55 petang (waktu tempatan). 

Bagaimanapun, Amanda ketika itu berada di luar bandar di New York untuk urusan perniagaan dan saudara perempuannya ditugaskan menjaga tiga anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Phelps bertindak melepaskan lima das tembakan pada Alisa setelah pintu rumah dibuka lalu melarikan diri bersama Hale. 

Polis memaklumkan bahawa dua suspek tersebut mempamerkan upah diterima mereka di media sosial beberapa jam selepas pembunuhan berlaku. Pasangan itu akhirnya ditangkap setahun selepas kes itu berlaku. – Agensi 



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Baru-baru ini, kami ada membuat satu hantaran di laman Siakap Keli Press mengenai luahan seorang ibu berkenaan kejadian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MERSING – Seorang kru bot nelayan berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dengan menjadikan tong plastik untuk berpaut selepas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEMANGAT jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang belum pudar apabila pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tyo 2020...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TAIPEI: Taiwan melancarkan saluran berita dalam Bahasa Inggeris serta saluran televisyen hiburan dan gaya hidup pertama hari ini....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications