Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemilik baharu jersi No.7 masih jadi tanda tanya


PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak belum memutuskan pemain mana yang akan menyarung jersi No. 7 milik bekas ketua pasukan Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar.

Jelasnya, setakat ini juga masih belum ada pemain yang tampil menawarkan diri mahu memakai jersi nombor tersebut pada musim ini.

“Belum ada keputusan yang dibuat pemain manakah yang akan memakai jersi bernombor 7 pada musim 2022. Selain itu, tidak ada lagi setakat ini pemain-pemain lain yang menyuarakan hasrat mahu memakai jersi nombor itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami baharu sahaja memulakan sesi latihan bagi musim baharu dan biarkanlah dulu kami berlatih sebelum memutuskan pemain mana yang dipilih untuk memakai jersi nombor 7,” katanya.

Aidil Sharin mengakui, penyokong Kedah pasti ternanti-nanti pemain manakah yang akan menyarung jersi tersebut setelah sekian lama disarung oleh Baddrol sejak lebih 10 tahun lalu.

Baddrol memilih laluan baharu untuk bersama Sabah FC dan kembali bergabung dengan bekas pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee selepas 16 tahun menabur bakti di Darul Aman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KDA FC memulakan hari pertama sesi latihan pra-musim 2022 dengan modul kecergasan berlari sekitar Taman Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar pada Isnin lalu.

Oleh: AMMAR HAZIQ / CakapSukan.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications