Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pemilik Kedai Aksesori Kereta Buat Laporan Palsu Konon Dipecah Masuk


Pemilik Kedai Aksesori Kereta Buat Laporan Palsu Konon Dipecah Masuk

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Seorang pemilik kedai aksesori kereta dikesan membuat laporan palsu dengan mendakwa kedainya di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian RM600,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiada kejadian pecah kedai seperti dilaporkan dan lelaki itu mengaku membuat laporan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu terhadap lelaki itu dan dia akan dipanggil ke mahkamah untuk pertuduhan dalam masa terdekat

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sehingga mengelirukan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement