Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemilik Newcastle ‘ceramahkan’ pemain selepas dimalukan kelab Liga 1


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe dan pemain The Magpies dikejutkan dengan kehadiran pemilik kelab dalam bilik persalinan sejurus selepas dimalukan 0-1 oleh kelab Liga Satu, Cambridge United pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Jaringan Joe Ironside pada minit ke-56 memberi kemena­ngan dramatik buat Cambridge di depan Yasir Al-Rumayyan, pemilik Dana Pelaburan Awam yang memiliki 80 peratus saham Newcastle.

Rumayyan yang diiringi pe­ngawal peribadi melawat bilik persalinan yang dalam kesedihan bersama Amanda Staveley dan suaminya, Mehrdad Ghodoussi yang memiliki 10 peratus saham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas memberi ‘ceramah’ kepada pemain, mereka kemudian bertemu Howe dan barisan kejurulatihan.

“Mereka datang untuk melihat pemain. Saya tidak berada di sana ketika itu dan tidak pasti apa yang diperkatakan kepada pemain, mereka kemudian bertemu saya dan seluruh barisan jurulatih serta pemain.

“Saya percaya mereka ­berada di belakang pasukan selepas melihat kesungguhan kami dalam perlawanan ini dan bagaimanapun pemain berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris. Saya berterima kasih untuk sokongan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa pun yang diperkatakan, saya percaya pemain mende­ngar dan memberi perhatian kerana perjalanan yang kami lalui sekarang serta perjua­ngan yang kami hadapi untuk kekal memerlukan usaha semua orang di kelab,” kata Howe.

Selain tersingkir dari Piala FA, Newcastle juga berada di ambang bahaya dalam Liga Perdana apabila menghuni kedudukan kedua tercorot. – AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima pengajaran berharga selepas tersingkir pada kempen Liga...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEKITAR 25 tahun lalu, nyanyiannya menerusi lagu Sepohon Kayu bersama kumpulan nasyid popular, Saujana pernah mencipta fenomena. Malah,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas maut dipercayai dipukul warden selepas dia dikatakan mengamuk...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LOMBOK: Seorang guru sekolah rendah berusia 31 tahun didakwa mencabul muridnya sendiri di Lomb Utara, Nusa Tenggara Barat....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications