Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pemuda Dedah Rumah M40 Di Amerika, Harga USD 399k Dapat Banglo “Landed” 2 Tingkat, Siap Ada “Basement”


Pemuda Dedah Kos Rumah M40 Di US, “Rumah Banglo Berharga $1800 Sebulan”

Setiap orang mempunyai rumah idaman mereka tersendiri yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Tidak kisahlah rumah agam atas bukit ataupun sekadar flat murah di tengah-tengah bandar, asalkan berteduh dalam rumah sendiri.

Namun, seperti yang kita tahu, harga rumah di Malaysia agak ‘keras’ dan memerlukan modal yang sangat besar. Kerana itu, rata-rata menyatakan modal adalah masalah utama yang menyekat hajat memiliki rumah sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Itu situasi di Malaysia, bagaimana pula dengan harga rumah di luar negara? Adakah ianya turut dijual pada harga yang sangat tinggi dan diluar kemampuan kebanyakkan warganya?

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @saifushopus di Tiktok, dia berkongsi maklumat berkenaan rumah yang dikategorikan sebagai rumah M40 di Delaware, Amerika syarikat.

@saifushopus

Mari kita tengok bagaimana rupa nya rumah typical M40 di negeri Delaware tempat di mana kami berada ini. #rumahtermahal #rumahmewah #rumahmahal #rumahcantik #hartanah #hartanahjualbeli

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Saif BroUSA uShopUS.com – Saif BroUSA uShopUS.com

Menurutnya, rumah banglo ini bernilai dijual pada harga USD 399,000 yang dijual dengan kadar sifar cukai jualan berkeluasan 1,875 kaki persegi.

Dengan mengambil contoh Islamic profite rate, bayaran bulanannya adalah sekitar USD 1,888 sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih mengujakan, ia merupakan rumah banglo dua tingkat yang dibina di atas tanah (landed) dan mempunyai tiga bilik tidur dan tiga bilir air yang sangat luas.

Ia turut disertakan dengan garaj yang mampu memuatkan dua buah kenderaan dalam satu masa. Menariknya, rumah ini turut dibina dengan ruang bawah tanah yang cukup luas dan boleh direnovasi menjadi pelbagai ruang seperti bilik permainan video.

Video yang berdurasi 58 saat itu telah mendapat sebanyak 130 ribu tontonan dan 5 ribu tanda suka. Rata-rata netizen di bahagian komen seakan tidak percaya rumah sebegitu boleh dimiliki pada tanda harga sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: @saifushopus/Tiktok| KampungmamakcomKredit: @saifushopus/Tiktok

BACA: Tak Boleh Bermain, Rupanya Al-Nassr Belum Lagi Daftar Ronaldo Jadi Pemain Secara Rasmi

Sumber: @saifushopus via Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Haris Is atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Advertisement