Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pemuda Hanya Peroleh Ganti Rugi RM123,556


Kes Cuai Khatan: Pemuda Hanya Peroleh Ganti Rugi RM123,556

PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) — Seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 13 tahun lepas hanya memperoleh ganti rugi sebanyak RM123,556 berbanding RM3.1 juta selepas menang dalam kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.

“Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam pliding (tuntutan saman) dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut namun kos RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Ravintharan yang bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan pada prosiding secara dalam talian hari ini.

Selain kerajaan, empat lagi ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam penghakimannya, Ravintharan berkata mahkamah tidak akan mengganggu dapatan hakim bicara yang mendapati kelima-lima defendan, yang merupakan perayu dalam kes ini, bertanggungjawab atas kelewatan rawatan terhadap pemuda itu di dua hospital.

Pada prosiding hari ini, kelima-lima perayu diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy manakala pemuda itu diwakili peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar.

BACA: “Badan Jangan Bongkok,” Pemuda Beri Tips Merentas Desa Supaya Tak Rasa Penat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelima-lima defendan merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir pada 7 April 2022 yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun itu.

Akhtar, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei 2022, berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan plaintif telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.

Plaintif, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atas beliau tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications