Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Pemuda Ini Bantu Orang Ramai Cerakin Isu Sorok Dan Manipulasi Penghasilan Telur


Bagaikan wujudnya satu kuasa magis, bekalan telur ayam di pasaran dilaporkan tiba-tiba bertambah dengan begitu banyak sejak negara kita menemukan Perdana Menteri yang ke-10.

Kendatipun begitu, dikhabarkan masih lagi terdapat kekurangan bekalan telur di beberapa kawasan sehingga timbulnya persoalan mengenai isu sorok-menyorok telur atau manipulasi penghasilan telur oleh pihak tertentu selama ini.

Cakna mengenai isu tersebut, seorang usahawan ternak tani, Nasrullah Mujaddidi telah berkongsi pandangan di Facebooknya berikut bagi membawa orang ramai untuk mencerakin dan menilai sendiri permasalahan yang menjadi kebuntuan negara ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jom sama-sama kita baca perkongsian yang sangat menarik ini.

| Kampungmamakcom Telur

Isu telur ayam tiba-tiba berlambak di pasaran.

Catatan ringkas saya sebagai seorang yang bergelumang dengan tinja haiwan di lapangan ternak tani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fakta,

Telur ayam tak boleh disimpan lama, ia akan jadi telur tembelang. Telur ayam termasuk dalam kategori ‘perishable goods’. Bila dimainkan isu stok telur ayam disorokkan, agak meragukan. Tak tahu makna ‘perishable’, sila Google.

Namun, penghasilan telur ayam tetap boleh dimanipulasi. Contoh manipulasi terhadap induk ayam yang menghasilkan telur adalah dengan kawalan rejim pemakanan. Manipulasi kualiti dan kuantiti makanan, juga kekerapan pemberian makanan (ayam dipuasakan).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Termasuk juga manipulasi pada persekitaran. Pendedahan ayam betina terhadap cahaya juga boleh memberikan kesan terhadap penghasilan telur. Untuk merangsang ayam tingkatkan penghasilan telur, tempoh pendedahan ayam terhadap cahaya dipanjangkan, pada malam hari dinyalakan lampu dengan intensiti ‘lux’ yang sesuai, untuk tempoh beberapa jam.

Pasaran ini ada pemainnya. Pengguna perlu lebih berilmu dengan ilmu yang benar.

Saya tertarik bila PM10, DS Anwar Ibrahim beri ucaptama rasmi selepas daftar masuk pejabat, beliau sebut perkara pertama nak urus adalah soal kos sara hidup yang tinggi. Soal bahan makanan di pasaran. Lantas beliau nyatakan hasrat untuk berjumpa dengan pihak dan agensi yang terlibat pada Ahad, walaupun hari minggu dan hari cuti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PM10 nyatakan hasrat itu pagi Jumaat, pagi Sabtu berlambak telur tersedia di pasaran. Ada juga yang khabarkan petang Jumaat itu pun sudah terisi rak-rak telur di pasar raya.

Ada orang goyang nampak gayanya. 🤭

Harapan saya, Menteri Pertanian yang bakal dilantik dalam kabinet kali ini biarlah yang kompeten, tidak seperti yang lepas-lepas. Bukan sekadar mengisi tempat kosong habuan ghanimah, sekadar mendengar dan membaca laporan pegawai dan kakitangan sekitar. Turun ke lapangan biar punyai jiwa tani, kerana ternak dan tani ini perlukan sosok yang menjiwai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar hiasan saya sedang ‘sorokkan’ telur ayam dalam lemari. Tapi 21 hari saja boleh sorok dalam tu, lepas tempoh tu telur dah bertukar status.

Sekian catatan ringkas.

Salam ternak tani dari kaki Gunung Jerai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

🤝🏼🤠
#demipertiwi

BACA: “Ayam Kat Malaysia Ni Memang Tengah Musim Mandul Ker Aper?”

Sumber: Nasrullah Mujaddidi

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Advertisement