Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemuda OKU buat laporan kecewa gurauan kasar ‘Kak Long’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Seperti kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

Situasi ini boleh dikaitkan dengan tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ apabila video terbaharunya yang didakwa mempersenda orang kelainan upaya (OKU).

BACA: ‘Kak Long 7E’ Tular Lagi, Ajuk Jalan OKU Di FB Live

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun wanita itu telah tampil memohon maaf dengan memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan tersebut, namun tindakannya itu masih mendapat kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati akan perkara berkenaan.

Seorang pemuda, Khairull Hafiz yang juga seorang OKU berkongsi gambarnya selepas selesai membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku disebabkan berasa terhina dengan perbuatan wanita tersebut.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga OKU. Laporan terhadap ‘Kak Long’ telah dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila OKU dihina, takkan kita nak duduk diam dan terima sahaja, semoga ada sedikit keadilan dan semoga pelaku mengambil pengajaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai menyokong tindakan pemuda tersebut dan berpuas hati sekiranya tindakan yang tegas diambil terhadap wanita terbabit.

“Terbaik abang, demi maruah OKU, buat apa yang perlu, biar ada tindakan tegas buatnya,” kata Black Warrior.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagus, saya setuju mana-mana pihak sama ada yang memang OKU atau ada anak OKU terutama yang keadaan seperti dibuat oleh ‘Kak Long 7E’ itu boleh ambil tindakan buat laporan polis, bagi ajar mana-mana individu yang suka mengejek golongan OKU,” ujar Nurlyna Ibrahim.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat di sini ditahan reman selama...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ADDIS ABABA: Dua juruterbang yang tertidur semasa dalam penerbangan berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kemalangan berlaku. Lapor...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Kebimbangan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka sejak Sabtu lalu berakhir apabila remaja itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications