Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Pemuda Sanggup Berhenti Kerja, Pilih Jaga Ayah Hidap Strok


lelaki jaga ayah strok

Pemuda Sanggup Berhenti Kerja, Pilih Jaga Ayah Hidap Strok

Acap kali ditekankan dalam Islam, ibu bapa adalah insan yang perlu diangkat kerana merekalah yang membesarkan dan menjadikan kita insan yang berguna di atas muka bumi ini.

Jasa mereka dalam memastikan kita dibesarkan dengan baik, tiada tandingan dan mereka jugalah yang menjadi ‘pencorak’ kehidupan kita pada ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika ingin menggambarkan pengorbanan mereka, tiada satu pun yang ‘tepat’ untuk digambarkan, kerana yang sempurna itu hanya mereka walaupun banyak kekurangan tetapi di mata anak, memang tiada cacat cela.

Jangka hayat di dunia ini tiada siapa yang tahu kecuali yang Maha Esa dan usia ibu bapa juga makin meningkat, dalam erti kata lain mereka juga semakin tua.

Apabila menginjak umur 50 tahun ke atas, badan semestinya akan berubah di mana tenaga juga tidak sama seperti dulu dan memerlukan pertolongan anak-anak untuk menjalani kehidupan seharian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki pilih jaga ayah berbanding kerjaya

Seperti yang dilakukan oleh Abdul Muqmin Mazni, 22, di mana dia menggalas tanggungjawab dalam menjaga ayahnya, Mazni Abdul Hamid, 60, yang merupakan pesakit strok selama sembilan tahun.

Susulan sering mendokumentasikan kisah hidup, videonya yang dimuat naik di TikTok mula menarik perhatian warga maya kerana mendedikasikan kehidupannya kepada ayah yang tercinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bermula dengan hanya video yang memaparkan rutin hariannya, siapa sangka pada pengakhiran klip tersebut terselit ayahnya yang membuatkan ramai tersentuh hati.

Anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu berkata pada rutinnya setiap hari adalah sama, di mana setiap pagi dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk memandikan ayahnya.

“Kemudian, saya masak sarapan pagi dan suapkan ayah makan. Selepas itu, saya bawa ayah ambil angin menggunakan kerusi roda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Waktu petang pula, saya akan masak lagi sambil kemas rumah,” katanya kepada Siakap Keli.

| KampungmamakcomKredit: @gemux_official/TikTok

Meskipun hanya memasak hidangan yang ringkas namun ia cukup untuk memastikan perut ayahnya sentiasa terisi dengan makanan.

Difahamkan ayahnya menghidapi penyakit darah tinggi, strok dan darah beku di kepala, selain doktor mengesahkan lumpuh dialaminya dikatakan tiada harapan untuk sembuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rentetan kekurangan itulah membuatkan ayahnya terpaksa ‘bergantung hidup’ dengannya setiap masa.

Muqmin yang kini menetap bersama ayah dan kakaknya di rumah mereka di Jerteh, Terengganu berkata, disebabkan dia merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut, dirinya terpaksa ‘menguburkan’ cita-citanya.

Difahamkan sebelum ini dia bekerja sebagai juruteknik, namun mengenangkan ayahnya lebih memerlukan kudratnya, maka dia tekad meninggalkan kerjaya tersebut dan memilih berbakti di rumah sepenuh masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun pada sesetengah orang melepaskan kerjaya – di kala ekonomi kini yang mencabar – adalah sesuatu yang agak mustahil, namun bagi Muqmin, dia jauh lebih percaya dengan rezeki Allah S.W.T.

| KampungmamakcomKredit: @gemux_official/TikTok

“Sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerjaya boleh dibina, pekerjaan boleh dicari tetapi hilang ibu ayah tiada ganti,” ujarnya.

Pada ketika ini, perhatiannya diberikan sepenuhnya kepada ayah untuk memastikan bapanya mendapatkan perhatian yang cukup dan dijaga dengan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memilih untuk fokus jaga ayah kerana ia lelaki mempunyai kudrat dan tenaga yang kuat untuk melakukan kerja tersebut.

“Saya adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Disebabkan itu saya simpan dulu hasrat untuk memiliki sesuatu benda,” katanya.

@gemux_official

yang baik semuanya datang Dari Allah #allahsayang#fyp

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Cooking Time – ZydSounds

Sumber: @gemux_official/TikTok

The post Pemuda Sanggup Berhenti Kerja, Pilih Jaga Ayah Hidap Strok appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.” Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar senada dengan pendapat dilontarkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose yang kini sedang hamil anak sulung memilih untuk tidak mengikut trend ‘gender reveal’ ala barat untuk mengumumkan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas patah hati dengan kisah percintaan lalu, pelakon Sophia Albarakbah belum terdetik untuk memulakan perhubungan baharu dengan mana-mana lelaki. Kata...

Advertisement