Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pemuda Tolak Tawaran Tiga Universiti, Demi Kejar Cita-cita Jadi Pemandu Bas


Seorang pemuda berasal dari Singapura menjadi bualan ramai apabila kisahnya menolak tawaran tiga buah universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran demi mengejar cita-citanya yang mahu menjadi pemandu bas.

Memetik laporan Mothership.sg, kisah Matthew Tay, 23, itu menjadi viral selepas berkongsi pengalamanya yang dilaluinya sebagai pemandu bas menerusi platform TikTok.

@99colours

Advertisement. Scroll to continue reading.

bus uncle but i’m 23 #sgbus #busdriversoftiktok #singapore #fyp

♬ As It Was – Harry Styles

Mengimbau kembali perjalanan kariernya, Matthew mendedahkan ia bermula sejak 2021 lagi, apabila dia mendapatkan lesen kelas 4 semasa menjalani latihan National Service.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada mulanya, dia telah pun mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Malah sudah pun menerima tawaran mengikuti pengajian jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Singapura, pada 2020.

Selain itu, dia juga turut menerima tawaran daripada Universiti Teknologi Nanyang dan Universiti Pengurusan Singapura.

Ketika itu, minatnya terhadap bas sudah berkurangan selepas melihat kebanyakkan bas yang dihasilkan mempunyai reka bentuk yang sama dan tiada keistimewaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, minatnya bercambah kembali apabila dihubungi kawannya yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai pemandu bas.

@99colours

after 1 month and $1.2k later, this is the journey #busdriversoftiktok #singapore

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Say Something – Piano Covers Club from I’m in Records

Tidak menoleh kebelakang, dia kemudian mendaftarkan diri dalam kelas memandu bagi mendapatkan lesen kelas 4. Selain itu, dia turut berlatih memandu bas ketika waktu lapang di sepanjang tempohnya berkhidmat dengan National Service.

Kini, Matthew bertugas sebagai pemandu bas di sebuah syarikat tempatan A&S Transit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semuanya bermula pada usia 7 tahun.

Menurut Matthew, minatnya pada bas bermula sejak usianya 7 tahun lagi. Ketika itu, dia banyak menghabiskan masa melukis pelbagai jenis bas. Dia kemudiannya menyertai sebuah kumpulan yang mempunyai minat yang sama dengannya.

Di dalam kumpulan berkenaan, Matthew berkenalan dengan lima orang rakan, dimana tiga daripadanya kini turut mempunyai kerjaya yang sama dengannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar Matthew lagi, walaupun minat dengan bas sejak usia kecil, namun keinginannya untuk menjadi pemandu bas hanya bermula pada 2012 apabila dia bertemu dengan seorang wanita yang merupakan seorang pemandu bas di kawasan tempatnya tinggal.

@99colours

@goaheadsingapore please take care of her 🫡 #fyp #busdriver #sgbus #tiktoksingapore #singaporetiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – 99颜色🌈 – idrivebus

Wanita itu berkhidmat lebih 10 tahun sebagai pemandu bas dan berjaya menghantar anak-anaknya ke universiti duit yang disimpan sepanjang berkhidmat sebagai pemandu bas.

Malah, wanita itu juga sering membelikan makanan buat Matthew, membuatkan hubungan mereka bertambah erat. Wanita itu kemudiannya mengambil Matthew sebagai anak angkat, tiga tahun kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tersentuh dengan kegigihan wanita itu dan keperibadiannya, sejak itu Matthew memasang angan-angan untuk menjadi seorang pemandu bas suatu hari nanti.

Penerimaan ibu bapanya

Seperti orang tua yang lain, perkara yang paling dibimbangi oleh ibu bapa Matthew apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi pemandu bas adalah sama ada pekerjaan itu akan menjamin masa depannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, selepas melihat kesungguhan yang ditunjuknya, Matthew memberitahu ibu bapanya mula memberikan sokongan terhadap keputusan yang diambilnya.

Lebih-lebih lagi, Matthew menjelaskan bahawa dia melakukan pekerjaan tersebut secara sambilan dan sedang meneroka peluang dan jawatan lain dalam industri bas.

Bagaimanapun, ibu bapanya ada memberi kata dua, seandainya dia tidak berjaya melangkah jauh dalam industri bas, Matthew perlu memilih untuk melanjutkan pelajaran semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhiri Matthew, walaupun menerima kritikan kerana melepas peluang melanjutkan pengajian di universiti terbaik, dia menjelaskan bahawa dia hanya ingin melakukan sesuatu yang diminatinya sahaja. Tiada gunanya bekerja 9 – 5, kalau hanya semata-mata untuk duit dan tidak gembira.

Sumber: Mothership SG

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement