Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penagih dadah ditahan bantu siasatan kes rogol


IPOH – Seorang penagih dadah tegar ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita di sebuah rumah di Fair Park di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas mangsa ditemui orang awam di tepi Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park pada pukul 9.15 pagi.

Katanya, ketika dijumpai, mangsa dalam keadaan trauma, menangis dan luka di kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Senam telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa warga tempatan berusia 38 tahun itu telah dirogol di rumahnya oleh suspek tidak dikenali.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri setelah dirogol dan mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, hasil tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Katanya, semakan rekod kesalahan lampau mendapati lelaki warga tempatan itu mempunyai beberapa rekod bersabit kes narkotik manakala ujian saringan air kencing pula positif dadah jenis methamphetamine.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement