Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Penang FC positif hadapi musim 2023


Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

KEUPAYAAN pemain Penang FC untuk bangkit daripada ke­tinggalan satu gol pada separuh masa pertama sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan mendapat pujian daripada pengendalinya, Manzoor Azwira.

Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata, beliau bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya dan menganggap persembahan mengagumkan ketika menentang Selangor pada aksi final Piala Harapan 2023 itu sebagai satu petanda positif untuk pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbetul dan diperkemaskan, namun pujian wajar dihamburkan kepada para pemain yang bertungkus-lumus melakar kemenangan pada perlawanan buat julung kalinya itu.

“Kita tahu, Selangor pasukan yang berpengalaman dan bagus. Saya hormati Tan Cheng Hoe (pengendali Selangor), namun pemain-pemain saya cuba untuk tidak mengalah (selepas ketinggalan) dan berjaya bangkit.

“Saya cakap kepada pemain, kita masih dalam ‘pre-season’ (aksi pramusim). Jadi, kita cuba buat apa yang kita berlatih dan kita tampung apa yang kita kurang. Apapun, semoga kemenangan ini turut memberi semangat kepada ‘fan’ (penyokong) untuk kembali menyokong Penang FC,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, dua penyudah menarik daripada pemain import, Soony Saad, masing-masing pada minit ke-75 dan 88 memboleh­kan skuad Harimau Kumbang menewaskan Gergasi Merah 2-1 biarpun mereka terlebih dahulu ke­tinggalan 0-1 hasil jaringan kapten Selangor, Muhammad Mukhairi Ajmal dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini malam kelmarin.

Dalam pada itu, Sonny ber­puas hati kerana berjaya meledak dua gol dan berharap agar sentuhan jaringan itu akan berterusan sepanjang musim ini khususnya dalam saingan Liga Super nanti.

Kata penyerang kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili skuad remaja Amerika Syarikat (AS) itu lagi, persefahaman dalam kalangan pemain juga dilihat semakin baik ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement