Hi, what are you looking for?

Sukan

Penang FC terpaksa akui kesilapan sendiri


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENANG FC hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri apabila disingkir Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat separuh akhir Piala FA setelah dibelasah 1-6 di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin. 

Ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan skuad Harimau Kumbang itu membuka ruang untuk pasukan lawan menambah jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pemain-pemainnya beraksi dengan baik pada awal permainan apabila bertahan dengan penuh disiplin serta masih mampu melancarkan serangan balas, namun ia hanya bertahan tak sampai 20 minit.

“Jika kita kaji perlawanan malam ini, tiga atau empat gol dijaringkan JDT berpunca daripada kesilapan kita sendiri yang dihukum oleh pasukan lawan.

“Pemain kena sedar bahawa mereka perlu memberi tumpuan penuh dan tidak boleh melakukan kesilapan mudah pada perlawanan seperti ini lebih-lebih lagi berdepan JDT di gelanggang keramat mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setelah bolos gol pertama, pemain mula hilang tumpuan dan formasi permainan turut goyah. Keadaan ini lebih teruk di babak kedua setelah JDT mendominasi permainan dan meledak empat gol,” katanya kepada pemberita. 

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut memuji aksi Lucas Espindola yang menjaringkan gol saguhati buat pasukan biarpun tidak mempunyai banyak peluang yang terhidang.

Katanya, bahagian tengah Penang FC gagal berfungsi pada perlawanan itu setelah dikuasai JDT menyebabkan Lucas tidak mendapat sokongan daripada rakan sepasukan untuk menambah jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan itu sahaja, banyak hantaran yang dilakukan pula tidak tepat dan berjaya dipatahkan pasukan lawan. Masalah ini terus berulang hingga membenarkan pasukan lawan melakukan serangan balas.

“Perlawanan ini perlu menjadi pengajaran untuk kita maju dan perbaiki diri, perjalanan Liga Super belum berakhir dan banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Tidak dinafikan ramai golongan muda lebih berminat untuk terlibat dalam ekonomi gig disebabkan masa yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW: Dianggarkan 100,000 tentera Korea Utara bersedia dikerah bagi membantu pasukan askar Russia di Ukraine. Pakar pertahanan Russia,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pesara kerajaan masih tidak dapat melupakan kenangannya ketika berkhidmat sebagai pembantu am di Tenaga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GAZA CITY: Insiden berbalas serangan ret antara Palestin dan Israel terus berlangsung di Gaza semalam, selepas sekurang-kurangnya 15...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications