Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penat berlatih, akhirnya kecundang angkara doping


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BARU-BARU ini penulis menyaksikan sebuah drama televisyen mengenai seorang atlet luncur ais wanita yang berusaha keras untuk terpilih ke dalam skuad kebangsaan, sekali gus boleh menyertai Sukan Olimpik.

Malangnya, ketika bersaing pada kelayakan bagi mendapatkan slot, berlaku kemalangan hingga menyebabkan paha kanannya terluka oleh bilah kasut luncur pesaingnya hingga memerlukan 12 jahitan.

Bagi menyerlahkan kehebatan plot dan watak drama itu, atlet wanita berkenaan sanggup menerima 12 jahitan hidup-hidup tanpa disuntik anestesia atau ubat bius bagi mengelak sebarang kesalahan doping kerana masih ada saingan kelayakan perlu diharungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun sekadar drama yang sememangnya fiksyen, namun mesej disampaikan oleh watak jelas iaitu tegas mengelak sebarang bentuk doping yang mampu menghancurkan segala usaha dan penat lelah latihan serta masa depan sebagai atlet sukan.

Doping bermaksud pengambilan atau penggunaan bahan terlarang untuk mencapai peningkatan prestasi terutamanya dalam sukan.

Namun, apa sudah jadi dengan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu apabila dua atletnya sah doping, manakala seorang lagi atlet dari Perlis pun turut ‘sangkut’ pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alasannya, doping disebabkan pengambilan ubat-ubatan di sebuah farmasi selepas salah seorangnya mengalami lelah dan kecederaan bahu ketika menjalani latihan pusat di Cameron Highlands pada Ogos lepas.

Mana perginya pegawai persatuan atau jurulatih? Apakah mereka tidak memeriksa atlet mengambil ubat-ubatan sedangkan hanya sebulan lagi Sukma akan berlangsung? Cuai, culas atau pandang remeh?

Seharusnya, mereka harus lebih sensitif dengan isu doping. Apakah mereka sudah lupa digugurkan daripada sukan teras negara pada tahun 2017?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada tiga atlet itu difahamkan berusia 16 tahun, usia yang sangat muda untuk terjebak dengan pengambilan bahan terlarang.

Masalah tiga atlet itu bukan terkena pada mereka sahaja, namun natijahnya ditanggung semua peserta Sukma 2022, ibarat seekor kerbau bawa lumpur, semuanya habis terpalit. Pada temasya dwitahunan edisi ke-20 ini, seramai 126 atlet angkat berat dari 14 negeri menyertai Sukma yang mempertandingkan 16 kategori.

Memburukkan lagi keadaan, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil pendirian ‘meninggalkan’ Sukma MSN 2022 berdasarkan ketetapan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2019 dan Mesyuarat Exco PABM sebelum ini. Ketiadaan PABM menyebabkan rekod kebangsaan yang dicipta pada Sukma tidak diiktiraf, sekali gus merugikan segala usaha dan latihan para atlet selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, penulis berharap MSN dan PABM dapat berbincang dengan lapang dada bagi meleraikan kekusutan sukan angkat berat agar atlet selebihnya boleh bersaing untuk memburu emas dan mencipta rekod baharu.

Kewajaran isu doping dalam sukan angkat berat perlu dilakukan ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya itu merempuh sebuah papan tanda di Persiaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tular Beribu “”, Resort Baru Buka Ni Jadi Tumpuan Sampai Ada Yang Dedahkan Keadaan Sebenar Ketika ini pasti...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAWA BARAT: Ketua Komuniti Ciamis MUA, Santi Novianti meminta maaf kepada seluruh lapisan masyarakat berhubung acara pertunjukan fesyen...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEKAS atlet renang kebangsaan, Daniel Bego mengakui tidak kecewa selepas rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications