Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Pendapat isu gangguan seksual disalah erti, Syafeek Ikhwan terkilan dilabel bodoh


PETALING JAYA – Lantang melontar pendapat mengenai isu gangguan seksual, penyanyi Syafeek Ikhwan kesal apabila kenyataannya disalah erti sehingga digelar segelintir individu sebagai bodoh selepas menyangka dia menyokong perbuatan terkutuk itu.

Enggan terus dilabel sedemikian, pemilik nama penuh Muhammad Syafeek Ikhwan Ghazali itu menegaskan segala pendapat yang keluar darimulutnya mempunyai konteks tersendiri yang perlu difahami.

“Saya kerap ke sekolah asrama bagi memberi ceramah tentang gangguan seksual, jadi tidak mungkin saya akan sokong perkara ini, hal tersebut yang gagal difahami netizen.

“Boleh untuk tidak bersetuju dengan pendapat saya tapi bila orang kata saya bodoh atau tidak peka, pada saya perkara tersebut keterlaluan, saya tidak boleh terima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anda boleh cakap saya hodoh, nyanyi tak sedap, tidak pandai bergaya atau apa-apa yang lain tapi jangan sesuka hati melabel saya bodoh,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

Pelantun lagu Lafaz itu juga berkata dia mengenali individu yang menjadi mangsa gangguan seksual dan disebabkan itu berani bersuara, namun tidak menyangka kelantangannya itu disalah tafsir ramai pihak.

“Saya respons kepada ciapan seorang wanita yang berdepan gangguan seksual kerana saya kenal lelaki itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akui tidak berhati-hati sebab fikir semua orang akan faham maksud serta baca dengan nada saya bercakap.

“Itu silap saya apabila anggap semua orang tahu cara saya bercakap,” ujarnya panjang lebar.

Begitupun, Syafeek tetap dengan pendiriannya bahawa perkataan bodoh yang dilemparkan kepadanya adalah tidak patut sekali gus mengguris hati bukan sahaja dirinya bahkan keluarganya.

“Bodoh adalah perkataan sensitif, rakan-rakan sekeliling tahu bagaimana saya susah untuk berjaya dalam pelajaran sebab saya sedar ibu bapa bukan orang senang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya saksi kesusahan ibu bapa saya. Atas sebab itu saya paksa diri untuk belajar yang boleh sehingga dapat biasiswa ke luar negara. Saya mahu ubah kehidupan keluarga,” jelasnya.

Isu bermula apabila penyanyi berusia 36 tahun itu membuat hantaran dalam platform X seolah menyokong perbuatan gangguan seksual sehingga dikecam orang ramai selain dilabel bodoh dan tidak sensitif– KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement