Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik Pokok Akasia


fakta menarik akasia

Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik Pokok Akasia

Selalu nampak pokok ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, pokok yang tumbuh dengan ketinggian 30 meter (m)  itu sememangnya mampu mencuri perhatian orang ramai yang melihatnya.

Pokok tersebut adalah pokok Acacia Mangium (Akasia) yang berasal dari Australia Utara, Papua-New Guinea dan Indonesia Timur (Maluku dan Irian Jaya) yang juga biasa tumbuh di kawasan tanah pamah yang mempunyai ketinggian bawah 100m dari aras laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mempunyai batang yang keras dan menumbuh dengan tegak, bunga Akasia juga tumbuh dalam bentuk jambak yang panjang dengan warna putih kekuningan.

Secara asasnya, penanaman Akasia ini adalah bertujuan sebagai penghasilan kayu bagi pembuatan kertas di kilang.

Bagaimanapun, menurut Penyelidik Pelawat eNCORe UTHM, Mohd Ilham Norhakim Lokman, Akasia merupakan spesies yang merosakkan ekosistem hutan di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,

Beliau turut menggelarnya sebagai pokok invasif, di mana boleh menyebabkan kerosakan teruk dan berpanjangan kepada spesies yang berdekatan.

“Pokok invasif. Kalau pokok itu tumbuh, tumbuhan yang lain di bawahnya akan jadi tidak sihat. Pokok balak juga terbantut.

“Sebab itu kalau ada pembalakan, selepas tebang pokok nanti akan ada penanaman semula tumbuhan tetapi selalu gagal kerana Akasia tumbuh terlalu pantas,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menjelaskan bahawa spesies tersebut adalah mudah untuk dijaga dan disemai disebabkan ia tahan lasak serta membuatkan ia berkebolehan untuk tumbuh di kawasan yang kurang nutrien.

“Pokok ini juga sangat tahan lasak, yang mana ia mampu tumbuh di kawasan yang gersang dan kurang nutrien,” katanya kepada Siakap Keli.

Fakta menarik Akasia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain boleh dijadikan sebagai sumber kayu untuk industri pembuatan perabot dan kertas, Akasia juga mempunyai kegunaan yang lain iaitu mampu menghasilkan nektar.

Untuk pengetahuan, Akasia itu menghasilkan nektar dari celah daunnya di mana ia merupakan makanan serangga seperti lebah madu dan kelulut.

Disebabkan itu, Australia telah menjadi pengeluar madu dari Akasia terbesar di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: National Parks

“Kebaikan pokok ini adalah baik buat madu kelulut kerana kelulut sangat menyukainya dan daunnya boleh digunakan buat sabun,” katanya kepada Siakap Keli.

Ia boleh menghasilkan nektar susulan Akasia merupakan tumbuhan melliferous yang memberikan hasil debunga dan nektar yang tinggi.

Bagaimanapun, pengeluaran nektar ini bergantung kepada keadaan cuaca di mana sekiranya cuaca berada dalam keadaan baik, cerah dan kering, pengeluaran madu akan menjadi minimum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari mendung selepas hujan pula, lebah akan hinggap dan mampu membawa kira-kira lima kilogram nektar.

Fakta menarik seterusnya Akasia mempunyai dua jenis daun iaitu yang pertama adalah daun sebenar dan daun kedua dikenali sebagai phyllode, yang terlihat seakan-akan daun asli.

Terdapat pelbagai bentuk yang luar biasa dan saiz dalam phyllodes Akasia, daripada struktur kecil, berduri, seperti jarum, kepada luas, rata struktur seperti daun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Penyelidik Utama SUNR, Dr. Yap Jing Wei @ Dr. Brian kebanyakan daun Akasia adalah phyllode yang menyerupai daun asli.

“Sebenarnya ini bukan daun, kita panggil phyllode yang berfungsi sebagai organ synthetic tapi ia bukan daun sebenar,” jelasnya.

@abg_ikan6945

Pokok Akasia! Pokok yang mendatangkan masalah Invasive di Malaysia! Pokok pendatang dari Australia!!!! #fy #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #invasive #invasivespecies #akasia #acacia

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Abg Ikan : The Adventure – Abg Ikan : The Adventure

Sumber: @abg_ikan6945/TikTok, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Macquire University

The post Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik Pokok Akasia appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement