Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Pendayung negara cemerlang di bumi China


KUALA LUMPUR – Pendayung negara, Muhammad Shukri Sulaiman berjaya merangkul pingat emas dalam acara single scull CM1X lelaki pada Kejohanan Mendayung Masters Pesisir Pantai Regata Asia 2023 di Qingdao, China baru-baru ini.

Kejayaan itu amat bermakna buat kem Malaysia kerana ia dilakukan dalam kejohanan peringkat Asia yang turut disertai lapan lagi negara seperti China, Indonesia, Kuwait, Myanmar, Thailand, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu dan Vietnam.

Menurut Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama), Shukri, 44, berjaya menamatkan saingan mencabar berjarak 1.6 kilometer dengan catatan masa 10 minit 33.19 saat (s) dalam kategori Masters C linkungan had umur 43 hingga 49 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shukri yang merupakan bekas atlet kebangsaan di Sukan SEA, terpaksa bersaing di kejohanan anjuran Persekutuan Mendayung Asia (ARF) iut dalam cuaca sejuk lima darjah selsius beserta tiupan angin kuat.

SHUKRI tengah meraih pingat emas dalam acara single scull CM1X lelaki di China baru baru ini PERDAMA

Presiden Perdama, Norhadi Ishari berkata, kejayaan itu memberi peluang dan harapan kepada mereka dalam meneruskan pencarian pingat emas Sukan SEA dan kelayakan ke Sukan Olimpik pada masa depan.

“Perdama akan mengambil kesempatan ini untuk membudayakan mendayung pesisir pantai sebagai sukan kebangsaan di mana negara kita mempunyai banyak pantai semula jadi yang can􀆟k untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa.

“Selain menjana pendapatan ekonomi menerusi pelancongan sukan, kos penganjurannya lebih rendah berbanding acara mendayung classic flatwater yang memerlukan lokasi air seperti empangan dan tasik buatan besar yang menelan kos tinggi,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pingat perak bagi kategori itu dimenangi Wang Xuegang dari China, manakala gangsa turut berjaya diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Lin Yi.

BARISAN pendayung negara beraksi cemerlang dalam kategori masing masing pada Kejohanan Mendayung Masters Pesisir Pantai Regata Asia 2023 di China baru baru ini PERDAMA

Pasukan mendayung negara terdiri daripada tiga atlet lelaki dan tiga wanita turut berjaya merangkul gangsa menerusi Nur Afiqah Zamia Sumeri dalam acara Masters A (had umur 27-35) Single Scull Wanita CW1X.

Sebelum itu, Afiqah Zamia bersama gandingan Mohd. Arif Ashraf, Nurafika Nordin, Muhammad Aiman Aziz dan Nurul Amira Norhadi juga memenangi gangsa bagi acara Masters A campuran coxed quad CMix4X+.

Sebagai rekod, mendayung pesisir pantai merupakan acara baharu sukan mendayung dan telah dimasukkan dalam program Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications