Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Pendekar Gasing gerunkan Kyrgyzstan


KUALA LUMPUR – Sekalipun jualan tiket aksi pertama kelayakann Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini agak perlahan, Harimau Malaya tetap ditemani ‘Pendekar Gasing’ yang kekal setia bersama pasukan kebangsaan.

Pembuat dan juga pemain gasing, Rimy Azizi Abdul Karim hadir ke stadium seawal jam 5 petang dan turut menggayakan busana pahlawan melayu.

“Saya pakai busana sebab nak nampak kepahlawanan, mahu nampak kuat. Itu yang saya mahu bawa ke stadium dan beri pejuang kita (pemain) lebih bersemangat untuk menang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya harap mereka dapat beraksi baik, soal kalah atau menang itu belakang cerita dan saya akan tetap setia menyokong. Ketika kita kalah kepada Kyrgyzstan pada 2018 pun saya turut ada di stadium dan turut pakai busana,” katanya yang turut ditemani anak keduanya, Adam Tuah, 11.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar perkarangan stadium menyaksikan suasana berbeza berbanding aksi Pestabola Merdeka, bulan lalu dan kemaskini yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada jam 6 petang tadi hanya 15,385 keping tiket terjual.

PENYOKONG Kyrgyzstan Ersin Uraiymov depan dua dari kiri hadir bersama rakan rakannya untuk beri sokongan kepada pasukan negaranya MOHD FITRIE MUHAMAD

Sementara itu, penyokong Kyrgyzstan, Ersin Uraiymov menjadikan perlawanan ini sebagai ‘reunion‘ dan tempat buatnya bertemu rakan senegara.

“Malaysia sebuah negara yang menarik dan rakyatnya cukup baik. Saya teruja untuk berada di stadium, secara tidak langsung saya dapat jumpa rakan-rakan lain yang kebanyakan daripada kami adalah pelajar universiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications