Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Pendengar nak boikot Suria FM sebab ‘buang’ Tyzo


PETALING JAYA – Rata-rata pendengar setia stesen radio Suria FM melahirkan rasa tidak puas hati apabila khidmat penyampai radio kesayangan mereka, Tyzo ditamatkan semalam.

Turut menimbulkan prasangka dalam kalangan pendengar apabila Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulkarnain menerusi siaran langsung dalam TikTok semalam menyatakan bahawa apa yang berlaku kepadanya adalah satu bentuk penganiayaan.

Sehubungan itu, menjengah ruangan komen media sosial Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin, ramai tidak bersetuju penamatan khidmat Tyzo yang dikatakan berpunca daripada arahannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nak tanya kenapa tamatkan (khidmat) Tyzo? Yahu ke tak dia tu penyeri Suria FM. Jangan sebab ada pangkat, kau buang orang sesuka hati.

“Kenapa buang Tyzo? Lepas ni, nak boikot dah Suria FM. Pagi hambar, petang pun bakal hambar.

| Kampungmamakcom
Antara komen ditinggalkan pendengar setia Suria FM yang tidak berpuas hati dengan penamatan kontrak atau khidmat penyampai radio kesayangan mereka Tyzo INSTAGRAM

“Betul kata orang, yang nampak lemah lembut ni yang paling bahaya sekali,” demikian antara komen peminat menerusi ruangan komen DJ Lin.

Semalam, selepas lapan tahun bersama stesen radio Suria FM, khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang di stesen radio berkenaan ditamatkan.

DJ Lin memberi alasan, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tyzo pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.

Personaliti yang kembali semula ke Suria FM pada 2016 dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-35, tahun lalu.

Terdahulu, Tyzo menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004 selain pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement