Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penduduk Beberapa Daerah Di Tiga Negeri Diingatkan Sedia Hadapi Banjir, Air Pasang


Penduduk beberapa daerah di tiga negeri diingatkan sedia hadapi banjir, air pasang

SEGAMAT, 25 Jan (Bernama) — Penduduk di beberapa daerah dan kawasan di Johor, Sabah serta Pahang diingatkan supaya bersedia menghadapi risiko banjir dan air pasang besar ekoran fenomena Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata daerah Muar dan Tangkak, Johor adalah antara lokasi seterusnya diramal terkesan banjir dalam masa terdekat mengambil kira hujan yang masih berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata di Sabah pula, kawasan di utara dan pantai timur negeri itu juga dikenal pasti akan dilanda air pasang besar selain banjir melibatkan Pitas dan Kota Marudu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Luruan pertama dan kedua MTL telah berlaku Disember tahun lepas. Walaupun belum ada laporan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena hujan lebat berterusan bermula semalam dan diramal berterusan hingga 30 Jan ini boleh dikategorikan sebagai luruan ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“… Justeru, semua agensi telah mengambil usaha dan pendekatan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan kampung yang perlu untuk kita pindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini fokus pihaknya adalah untuk menyelaraskan semua agensi yang tertakluk dalam arahan nombor 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) dalam aspek pengurusan bencana dan penyampaian maklumat lebih jelas kepada orang ramai terutama mangsa yang ditempatkan di PPS.

“Seterusnya selepas berpindah, fokus kita adalah memastikan kebajikan dan kesihatan mangsa menerusi penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 4,207 orang melibatkan 1,164 keluarga yang ditempatkan di 45 PPS di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing.

Tinjauan Bernama di PPS terdapat pertambahan mangsa dari semasa ke semasa dengan kebanyakan mereka datang sendiri ke PPS setelah mengambil kira kemungkinan risiko banjir yang lebih teruk ekoran hujan yang masih belum reda.

Sementara itu, Armizan dalam kenyataan berkata keseluruhannya, MTL yang bermula November tahun lepas hingga hari ini telah menjejaskan seramai 121,594 orang daripada 34,357 keluarga yang dipindahkan ke 444 PPS susulan banjir dan air pasang besar di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya ingin memberi peringatan kepada rakyat supaya sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan MetMalaysia serta menjaga keselamatan dan tidak bertangguh untuk berpindah ke PPS sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Pada masa sama, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah diarah supaya memastikan semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di peringkat negeri dan daerah yang terlibat untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Menurut Armizan, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) pula akan beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan menyelaras agensi terlibat dalam pengurusan bencana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata semua urusan penyelarasan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan lain-lain bantuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan banjir akan diuruskan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari ini ditunda ke tarikh baharu iaitu...

Sukan

3s PETALING JAYA: Penyerang skuad B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin tekad untuk berikan yang terbaik bersama kelab baharunya, Yohama SCC dengan menjaringkan banyak gol apabila...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Hatrik Akram Afifi menerusi tiga sepakan penalti mengesahkan kejuaraan Piala Asia buat Qatar apabila menewaskan Jordan 3-1 di Stadium Lusail,...

Sukan

3s MADRID – Carlos Sainz sedia membuktikan Ferrari membuat keputusan yang merugikan apabila tidak menyambung kontraknya bersama pasukan itu sebaik sahaja saingan Formula Satu...

Advertisement