Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penduduk bingung terima pesanan makanan misteri


LOS ANGELES: Penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles mengakui bingung selepas pintu rumah mereka dibanjiri dengan kiriman makanan misteri dari Uber Eats yang tidak dipesan mereka.

Lapor UPI, penduduk kawasan kejiranan Range View Avenue di Highland Park memberitahu, setiap rumah menerima hingga 13 kiriman makanan sehari dari McDonald’s, Taco Bell, Starbucks dan restoran lain yang dihantar melalui Uber Eats sejak tiga minggu lalu.

Anehnya, penduduk mengatakan kiriman makanan itu muncul di pintu rumah mereka dengan tertera alamat yang betul setiap hari tidak kira siang atau malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila terlalu banyak makanan diterima sekaligus, kami akan cuba mencari tempat untuk menyumbangkannya atau memberikan sahaja kepada sesiapa yang lalu di hadapan rumah saya,” kata seorang penduduk, William Neal.

Beberapa penduduk dilaporkan cuba menghubungi nombor telefon yang tertera pada butiran maklumat yang dilekatkan pada setiap pesanan tetapi semuanya tidak berfungsi. 

Penduduk berkata, mereka menyedari setiap pesanan prabayar atas talian itu sering menyertakan upah tambahan kepada penghantar makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa seseorang yang tidak dikenali mengirim begitu banyak makanan ke rumah kami.

“Masing-masing membuat pelbagai andaian. Ada yang merasakan ini hanyalah strategi pemasaran dan ada juga yang khuatir mungkin ada kanak-kanak yang cuba bermain dengan menggunakan kad kredit ibu bapa mereka. Namun sehingga kini tiada jawapannya,” tambah Neal.

Wakil perusahaan induk perkhidmatan penghantaran Uber Eats berkata, pihak pengurusan sedang berusaha mendapatkan maklumat dan menyiasat identiti pengirim pesanan makanan misteri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement