Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penduduk sabotaj kamera trafik ‘cekik darah’


LONDON – Penduduk kota London yang berang dengan pemasangan kamera pengesanan Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ) di jalan raya bertindak menutup peranti tersebut menggunakan kotak dan beg beli-belah, lapor akhbar Daily Mirror semalam. 

Kamera ULEZ merakam imej nombor pendaftaran kenderaan bagi mencari maklumat untuk menentukan jenis pelepasan karbon yang dihasilkan kenderaan tersebut.

Kamera tersebut turut memeriksa kekerapan pemandu memasuki kawasan ULEZ serta waktu memasukinya bagi menentukan jumlah bayaran yang dikenakan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kira-kira 700,000 pemandu bakal dikenakan bayaran harian sebanyak £12.50 (RM67.70) apabila ULEZ diperluaskan  pada musim panas kali ini.

Langkah kontroversi itu pada dasarnya akan meliputi keseluruhan London dan akan diperkenalkan pada 29 Ogos ini.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan menerima kecaman hebat kerana melaksanakan idea tersebut yang dijangka mampu menjana pendapatan tambahan kira-kira £93.6 juta (RM507 juta) dalam lapan bulan pertama levi itu beroperasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sadiq ketika menjelaskan pengembangan rancangan itu berkata, udara bertoksik menyebabkan kematian pramatang sebanyak 4,000 penduduk London setiap tahun.

Namun, ia sebaliknya dikatakan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan selain bakal diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

Berang dengan tindakan tersebut, sekumpulan penduduk mempamerkan protes mereka dengan meletakkan pelbagai barangan pada kamera Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar-gambar aksi protes tersebut tular di media sosial dengan pengguna melahirkan sokongan mereka terhadap tindakan berkenaan.

“Saya amat menyukai tindakan penduduk London yang menutup kamera ‘perompak wang’, ULEZ menggunakan kotak dan beg,” kata seorang pengguna.

“Hebat sekali! (Kerajaan) mengenakan cukai kepada penduduk miskin sekali lagi. Ramai orang (terumanya warga emas) akan hidup terasing. Tambahan lagi, semua orang cuba mencari rezeki dengan gaji yang tidak seberapa. Amat keterlaluan,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi  

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement