Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penerbangan pesawat SIA dilencong ke Frankfurt akibat isu tekanan kabin


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) menuju ke Singapura dari Lapangan Terbang Heathrow London dilencongkan ke Frankfurt, Jerman selepas isu berkaitan tekanan kabin dikesan.

Menurut SIA dalam satu kenyataan, insiden tersebut melibatkan penerbangan SQ317, pesawat Airbus A380 yang membawa 379 penumpang dan 27 anak kapal.

“Para juruterbang memutuskan untuk melencong ke Frankfurt sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengesan isu tekanan kabin,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas SIA, walaupun terdapat isu teknikal selepas berlepas, tiada topeng oksigen digunakan semasa penerbangan, kata SIA.

Penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan penerbangan itu berlepas dari Heathrow pada kira-kira 11.20 pagi waktu London dan dijadualkan tiba di Singapura pada 7.50 pagi Jumaat.

Syarikat penerbangan itu memberitahu penerbangan tersebbut mendarat dengan lancar di Lapangan Terbang Frankfurt pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan dengan semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesawat itu kemudiannya digantung untuk pembaikan, dan pelanggan yang terjejas telah dibantu dengan penginapan hotel dan makanan.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Pelumba Belanda, Max Verstappen kini menduduki tangga teratas senarai pendapatan tertinggi berdasarkan statistik Forbes sejurus pemandu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 es, waktu operasi perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Berhasrat untuk melawat aktres Nad Zainal yang kini dirawat di hospital, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Inflasi Malaysia turun kepada 4.0 peratus pada Oktober 2022 – DoSM KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kadar inflasi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications