Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penerima Jantung Babi Akhirnya Meninggal Dunia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Manusia pertama di dunia yang mendapat pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia.

Sebelum ini, David Bennett, 57, yang menghidap penyakit jantung kronik, berjaya menjalani pembedahan pemindahan jantung babi tersebut di Amerika Syarikat.

Kesihatan lelaki tersebut bagaimanapun mula merosot beberapa hari yang lalu dan beliau akhirnya meninggal dunia pada 8 Mac.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika mula menjalani rawatan jantung, dia sebenarnya sudah terlantar di katil hospital selama enam minggu dan hanya bergantung kepada mesin untuk terus hidup.

David kemudiannya terpilih menjadi manusia pertama mencuba eksperimen pemindahan jantung babi yang dibuat kepada pesakit jantung peringkat akhir yang tidak mempunyai pilihan rawatan lain.

Beliau menjalani pembedahan ‘berani mati’ tersebut pada 7 Januari lalu oleh pasukan pakar bedah dari University of Maryland School of Medicine, Amerika Syarikat yang diketuai oleh Dr Bartley Griffith.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, hanya selepas 2 bulan prosedur memasukkan jantung babi ke dalam badannya berjaya, David akhirnya tewas jua.

Menurut Dr Bartley Griffith, dalam beberapa minggu selepas itu, David masih sempat meluangkan masa bersama keluarganya, menonton Super Bowl dan bercakap tentang keinginannya untuk pulang ke rumah dan bermain bersama anjingnya, Lucky.

David juga turut sedar mengenai risiko menjalani prosedur dan pembedahan tersebut yang tidak memberi apa-apa jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia atau disebut sebagai xenotransplantasi sebenarnya merupakan prosedur biasa yang dipertimbangkan oleh doktor.

Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang babi kepada seorang pesakit.

BACA: David Bennett Hidup Dengan Jantung Babi, Dakwa Semakin Pulih Dan Sihat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa itu, pembedahan tersebut merupakan percubaan paling berjaya dalam bidang xenotransplantasi.

Walau bagaimanapun, penerima buah pinggang babi tersebut yang merupakan seorang pesakit mati otak memang tidak mempunyai harapan lagi untuk untuk sembuh.

Anak lelaki David berkata, dia berharap kisah kejayaan pembedahan bapanya akan menjadi titik permulaan harapan yang baru dan tidak berakhir di situ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang berlaku dan punca sebenar kematian David masih belum jelas dan hasil penyiasatannya kelak akan menentukan sejauh mana usaha manusia menggunakan babi berjaya untuk menyelesaikan masalah kekurangan organ di seluruh dunia.

Jantung Babi

Sumber & kredit foto: BBC

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Mayat salah seorang mangsa yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di kawasan kebun...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. REMBAU – Kemalangan yang tular di media sosial ketika ini tidak membabitkan pelajar sekolah yang melintas, sebaliknya pekerja...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbang cadangan mengeksport ayam sekiranya bekalan bahan mentah itu untuk keperluan dalam negara serta...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications