Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun RM1,000 langgar SOP


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SERDANG – Penganjur pertandingan tarian singa sempena Tahun Baru Cina di sebuah pusat beli-belah di Puchong, dekat sini dikenakan kompaun RM1,000 ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular di laman Facebook semalam memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan pertandingan itu.

“Dalam video itu memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan pertandingan tersebut dalam keadaan tiada penjarakan fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Puchong telah ke lokasi berkenaan pukul 7.30 malam (semalam) untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ramai pengunjung berkumpul tanpa penjarakan fizikal,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati pihak penganjur mempunyai surat kelulusan permit sementara dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menganjurkan pertandingan berkenaan.

“Bagaimanapun kita tetap mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada penganjur atas kesalahan melanggar SOP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tindakan dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Pengawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” ujarnya. – K! ONLINE



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEJAK bertapak di negara seberang Indonesia pada tahun 2016, platform penstriman digital Netflix telah berjaya memikat hati penonton...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Sentimen sesetengah pihak suatu ketika dahulu tentang pembelian hartanah untuk tujuan sewaan sebagai kapitalis, mungkin...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK – Pelumba kelahiran Itali, Danilo Petrucci bakal membuat kemunculan semula pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) buat kali...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Apabila kita mendengar perkataan ‘panda’, apa yang terlintas dalam permikiran kita semua? Comel, gebu, bulat… itulah deskripsi haiwan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications