Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Penganjur tabur janji kosong bikin konsert Boboy, Naqiu tawar hati


KUALA LUMPUR – Hasrat penyanyi Naqiu untuk mengadakan konsert bersama kumpulannya, Boboy belum lagi kesampaian beberapa kali diberi janji kosong oleh seorang penganjur.

Naqiu atau nama lengkapnya Wan Naqiuddin Mohd. Najib, 37, berkata, sejak tahun 2022 lagi, dia dijanjikan bulan dan bintang seorang penganjur untuk mengadakan konsert Istimewa bersama kumpulan Boboy, namun tidak membuahkan apa-apa hasil.

“Ada seorang penganjur datang untuk berjumpa dengan saya dan berbincang tentang konsert bersama Boboy. Bukan sekali, tetapi sebanyak 10 kali sejak 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun sudah banyak kali berjumpa dan berbincang tentang tarikh, namun semuanya hanya janji kosong. Rasanya saya hanya jumpa dia untuk buat kemunculan percuma sahaja.

“Penganjur itu hanya sekadar memberi janji palsu. Saya dapat rasakan tujuannya hanya untuk berjumpa dengan saya sahaja. Dia ‘pancing’ saya dengan alasan untuk berbincang tentang konserat. Bila berjumpa, banyak berbual tentang hal lain,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Disebabkan berasa seolah-olah tertipu, Naqiu mengakui dia kini sudah tawar hati dengan penganjur berkenaan dan akan menolak permintaannya untuk berjumpa lagi selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lama-lama saya jadi tawar hati. Kalau dia hendak jumpa lagi selepas ini, saya akan tolak,” katanya.

Naqiu yang ditemui semasa majlis bersama media bersempena penganjuran persembahan Istimewa, After Hours With Hetty Koes Endang, di sini, semalam berkata, dia berasa cukup teruja jika dapat mengadakan sebuah konsert istimewa bersama Boboy dan menganggap kumpulan itu sangat penting dalam hidupnya.

Kata Naqiu, apabila melibatkan Boboy, dia sangat serius dan teliti untuk mengetahui setiap perancangan yang akan dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah tentu saya mahukan sebuah konsert bersama Boboy. Sebab itu jika ada penganjur yang berminat, saya tidak kisah untuk ‘turun padang’ dan berbincang.

“Tapi jika melibatkan persembahan solo, saya akan serahkan sepenuhnya kepada pihak pengurus. Saya bukannya minta bayaran terlalu tinggi atau layanan Istimewa.

“Boboy sudah wujud sejak 2001 lagi. Jadi mana mungkin bayaran yang diterima sama harganya sewaktu awal kemunculan kami dahulu. Jangan main-main, sebab Boboy sangat bermakna dalam hidup saya,” tegasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercakap tentang After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti, Naqiu teruja bakal berkongsi pentas dengan legenda Indonesia itu.

Kata Naqiu, dia menganggap Hetty bukan sahaja sebagai juri sepanjang pembabitannya dalam program Gegar Vaganza, bahkan juga sebagai ibu dan juga guru yang telah banyak mencurahkan ilmu padanya,

“Saya sudah anggap bonda (panggilan Hetty) sebagai ibu. Dia banyak mengajar saya dalam membuat persembahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah tentu saya gembira apabila bakal berkongsi pentas dengannya nanti,” ujar Naqiu.

Tiket After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal diadakan di Grand Shah Alam Convention Centre (SACC) boleh dibeli secara dalam talian di www.tix-box.com. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement