Hi, what are you looking for?

Sukan

Penganjuran 1000 liga mampu lahir bakat seerti Chong Wei


KUALA LUMPUR  – Penganjuran program 1000 liga yang dilangsungkan pada ketika ini dilihat satu inisiatif terbaik oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS), sekali gus mampu menjadi pencetus bagi melahirkan bakat-bakat baharu terutama di peringkat daerah terpencil di negara ini.

Program 1000 liga yang tertumpu pada acara sukan individu dan sedang berlangsung sejak Ogos dan berakhir pada penghujung Oktober ini nanti telah berjaya menarik kira-kira 100,000 penyertaan seluruh negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker percaya, gerakkan 1000 liga ini dapat memberi peluang kepada atlet-atlet daerah kecil yang berpotensi untuk membuktikan kemampuan bakat-bakat terpendam, sekali gus mampu melahirkan permata seperti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“1000 liga merupakan inisiatif membudayakan sukan terutama melalui gerakan pertandingan sukan dalam komuniti sukan. Liga ini juga diadakan di semua peringkat akar umbi terutama di daerah, negeri dan kebangsaan.

“Ia lebih menekankan kepada sukan -sukan secara individu dan bukan secara berpasukan. Maka dengan adanya liga kita dapat budaya sukan di semua peringkat.

“Kita (KBS) memberi mereka platform, sekali gus membuka ruang kepada setiap warga mahupun persatuan tempatan terlibat dalam aktiviti liga seperti ini. Dengan adanya 1000 liga ini, kita dapat memberi peluang kepada individu berbakat dalam kawasan pedalaman yang kurang mempunyai platform seperti ini. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara tidak sedar kita dapat melihat bakat-bakat terpendam ini berjaya dicungkil. Kita harap 1000 liga ini nanti memeberi peluang kita untuk melihat bakal jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei,” katanya pada sesi teh tarik santai bersama editor media di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah pingpong, taekwondo, tenping boling, memanah, badminton dan banyak lagi. Ketika ini, sebanyak 854 liga telah berlangsung di peringkat daerah, 120 liga di peringkat negeri, dan sebanyak 26 liga di adakan di peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Lian Ker berkata, pihak kementerian menyasarkan seramai 4.5 juta orang terbabit pada Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung 8 Oktober ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Di peringkat kebangsaan sahaja, pihak kementerian mensasarkan 1.3 juta penyertaan. Pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang Hari Sukan Negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement