YOGYAKARTA: Majlis perkahwinan kebiasaannya diadakan di kediaman keluarga, hotel mahupun dewan.
Namun, pasangan pengantin di Sleman memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di pasar umum bersama para peniaga dan orang awam.
Pasangan pengantin itu yang dikenali sebagai Aryanda Ahmad Muttaqien dan Rahma Matsna Aulia mengadakan majlis persandingan mereka di Pasar Ngijon, Sumberagung, Sleman.
Majlis itu turut tular dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Berdasarkan video yang dikongsi, majlis itu kelihatan meriah dengan kehadiran orang ramai sambil dikelilingi gerai dan tapak jualan peniaga pasar.
Malah, orang awam turut dijemput menghadiri majlis tersebut bagi meraikan pasangan pengantin.
Selain itu, pelbagai juadah dihidang untuk santapan para jemputan.
Menurut abang pengantin perempuan, Rahmat Faizul M, majlis akad nikah adiknya diadakan di rumah mereka dan hanya majlis persandingan diadakan di pasar berkenaan.
“Kedua-dua keluarga pengantin bersetuju untuk mengadakan majlis di pasar sebagai kelainan.
“Sebelum ini mereka bercadang mahu buat di hotel sebelum timbul idea buat di pasar,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
RM13.01
