Hi, what are you looking for?

Pengarah Filem Belaban Hidup Koyak Dikritik ZhafVlog

Filem

Pengarah Filem ‘Belaban Hidup’ Koyak Dikritik ZhafVlog, Buat Laporan SKMM


Youtuber yang juga seorang pengkritik filem bermulut puaka, ZhafVlog telah bikin panas seorang pengarah filem di Malaysia.

Baru-baru ini, ZhafVlog ada memuatnaik di saluran Youtube-nya, Pure Pixels dengan sebuah video review berkenaan filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie yang sedang ditayangkan di Astro First.

Menerusi video review tersebut, Zhaf telah meluahkan rasa kecewanya dengan kualiti keseluruhan filem tersebut serta meninggalkan kritikan yang cukup pedas terhadap filem itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video ulasan yang mendapat perhatian ramai itu, rata-ratanya bersetuju dengan kualiti yang tidak memuaskan dalam filem Belaban Hidup itu. Ini kerana, filem berkenaan telah mendakwa mereka telah mendapat pengiktirafan dari lebih 18 anugerah perfileman di luar negara, tetapi hasilnya tidak seperti yang dicanangkan langsung!

Pengarah dan juga penerbit filem tersebut, Ray Lee tampak tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan oleh Zhaf. Malah, Ray Lee telah meninggalkan komen di video review tersebut dengan mengatakan dirinya menghormati akan ulasan yang diberikan tetapi tidak dapat menerima kritikan dengan carutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan tidak dapat menerima kritikan, Ray Lee dipercayai telah membuat laporan SKMM terhadap Zhaf agar memadam video ulasannya. Dalam komen tersebut, Ray Lee mengatakan Zhaf tiada ilmu dalam bidang filem, malah telah mencabar Zhaf untuk menghasilkan sebuah filem dahulu sebelum mengkritik. Pengarah tersebut turut mengingatkan kejayaannya yang telah memenangi anugerah di festival filem seram terbesar di Mexico dan Jepun.

Tindakan Ray Lee tersebut telah mendapat pelbagai reaksi bukan sahaja dari netizen marhaen, malah dari penggiat industri perfileman sendiri yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan bacul dengan melapor kepada SKMM.

Joko Anwar yang merupakan pengarah hebat dari Indonesia juga mengecam tindakan Ray Lee dan menyatakan sokongannya kepada Zhaf. Malah, Joko Anwar juga mengatakan jika dirinya menghasilkan karya tidak berkualiti, dirinya dengan hati terbuka boleh menerima kritikan diberikan Zhaf untuk perbaiki diri.

Rata-rata netizen turut berkongsi kekecewaan mereka dan tertanya-tanya bagaimana industri filem tempatan mahu maju jika tidak boleh menerima kritikan. Lebih mengecewakan apabila ‘sembang’ filem tersebut telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan tetapi hasilnya mengecewakan.

BACA: Lagi Lagi Senario & Senario XX Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 14 September!

Pengarah filem tersohor negara, Aziz M. Osman yang telah mengarah lebih puluhan filem dan drama juga pernah meninggalkan sebuah komen beliau sebelum ini di ZhafVlog yang berbunyi:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut filem dikritik orang, janganlah buat filem. Itu pun tak faham.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications