Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penggodam Korea Utara curi RM1.67 bilion mata wang kripto


PYONGYANG – Satu laporan terbaharu mendedahkan bahawa penggodam-penggodam dari Korea Utara telah mencuri sebanyak AS$400 juta (RM1.67 bilion) mata wang kripto pada tahun 2021, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan diterbitkan sebuah platform data blockchain, Chainanalysis itu mendedahkan bahawa ia merupakan satu rekod baharu yang tinggi. 

Menurut penganalisis, Korea Utara telah meningkatkan keupayaan sibernya dengan melatih beribu-ribu penggodam untuk mendapatkan dana bagi membiayai program senjata negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dari 2020 hingga 2021, bilangan aktiviti penggodaman yang berkaitan dengan Korea Utara melonjak daripada empat kepada tujuh, dengan nilai yang dicuri meningkat sebanyak 40 peratus.

“Sebaik sahaja negara itu mendapat hak terhadap dana tersebut, mereka memulakan proses pengubahan wang haram bagi menutup jenayah itu dan mengeluarkannya dalam bentuk tunai,’’ jelas laporan itu.

Dalam pada itu, laporan tersebut mengetengahkan mengenai kebangkitan Kumpulan Lazarus yang menjadi terkenal pada tahun 2014 selepas menggodam sistem Sony Pictures Entertainment sebagai tindak balas ke atas penerbitan sebuah filem yang mengejek pemimpin tertingginya, Kim Jong-un bertajuk The Interview. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications