Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pengguguran Mohd Khairuddin sebagai Ahli Jawatankuasa Pas hak parti


JERANTUT – Pengguguran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak akan menimbulkan konflik dalaman kepada parti berkenaan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyokong parti di peringkat akar umbi perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Dr. Mohd Khairuddin bukan calon yang menang dalam pemilihan Pas sebaliknya dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatankuasa yang dilantik dan dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan Presiden parti namanya digugurkan digantikan nama lain yang dipersetujui jawatankuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu tiada isu besar yang berbangkit yang boleh menyebabkan perpecahan dalaman dalam parti,”katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja projek wakaf air di Felda Sungai Retang di sini hari ini.

Menurutnya, pengguguran bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu diputuskan pada mesyuarat Pas yang diadakan di ibu pejabat parti iti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya walaupun Mohd. Khairuddin mempunyai prestasi yang cemerlang ketiga menjawat jawatan menteri tetapi disiplin tetap menjadi prioriti utama kepada parti itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya pengguguran Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mempunyai alasan tertentu setelah mengambil kira pandangan jawatankuasa disiplin.-K! ONLINE



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PELAKON terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki mengejutkan peminat apabila berkongsi berita gembira sudah berkahwin dengan teman wanitanya, Katy Louise Saunders. Demi menjaga hati...

Mamak News

0 AMPANG- Tidak puas hati dimarahi sepahkan kawasan rumah, seorang lelaki tempatan ditahan susulan sengaja mencederakan ibu saudaranya di sebuah perumahan di Jalan Maju...

Mamak News

0 JAKARTA: Kisah seorang wanita dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat selepas terjaga daripada terlelap, menjadi tular dalam media sosial di Indonesia. Lapor liputan6.com,...

Mamak News

0 Wah! Dengar cerita sekarang ni ada permainan baharu yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan lato-lato, ya? Ini lain. BACA: Hati-Hati...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications