Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Pengguna Boleh Bayar Kemudian, Ini Fakta Menarik Mengenai Sistem Tol Tanpa Palang Di Thailand


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Thailand telah memperkenalkan sistem tol tanpa palang yang dikenali sebagai M-Flow sebagai langkah menghapuskan pondok tol di negara itu menjelang tahun 2024.

M-Flow merupakan sistem tol automatik yang menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) termasuk kamera video di pintu tol. Teknologi ini berfungsi untuk mengesan nombor plat kenderaan secara automatik dengan ketepatan 99 peratus.

Menurut Jabatan Lebuhraya Thailand, servis tol tanpa palang ini mampu membuat aliran trafik di kawasan tol lima kali lebih lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengguna jalan raya boleh memecut pada had laju maksimum 120 kilometer sejam di pintu tol dan ia mampu menampung aliran trafik pada kadar 2,500 kenderaan sejam.

“M-Flow adalah lima kali lebih pantas berbanding sistem tol sedia ada serta sangat praktikal untuk kenderaan empat roda dan kenderaan-kenderaan besar,” jelas jabatan berkenaan memetik laporan Nation Thailand.

M-Flow dilancarkan di Thailand pada 15 Februari, bermula di Lebuhraya Lingkaran Kanchanaphisek yang meliputi empat pintu tol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengguna boleh pilih tarikh pembayaran

M-Flow merupakan sistem tol bayar kemudian atau pascabayar yang efektif untuk kesemua jenis kenderaan. Sebelumnya, servis tol di Thailand turut menggunakan sistem seakan-akan SmartTag di Malaysia yang dipanggil Easy Pass dan M-Pass.

Berbeza dengan sistem sebelumnya, M-Flow tidak menggunakan apa-apa medium seperti wang tunai, kad atau tag khusus untuk membuat pembayaran di pintu tol.

Pengguna M-Flow boleh memilih mod pembayaran sama ada melalui kad kredit, debit atau akaun bank yang membenarkan mereka membuat pembayaran pada hari pertama atau ke-16 setiap bulan.

Pengguna juga boleh memilih untuk membuat bayaran terus setiap kali melalui tol. Namun begitu, sistem M-Flow tidak tertakluk pada kenderaan baharu dengan nombor plat merah atau pudar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Denda 10 kali ganda jika gagal buat pembayaran

Sejak sistem M-Flow diperkenalkan, lebih 100 ribu kenderaan telah didaftarkan di mana 60 ribu pengguna berdaftar menggunakan sistem ini setiap hari.

Bagi pengguna jalan raya yang tidak berdaftar, mereka dibolehkan melalui lorong M-Flow dengan syarat perlu membuat pembayaran servis tol dalam masa dua hari.

Sekiranya mereka gagal membuat pembayaran, mereka akan dikenakan penalti sepuluh kali ganda dari kadar tol asal. Jumlah denda akan terus meningkat sekiranya mereka tidak melakukan bayaran dalam tempoh 12 hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Nation Thailand, Bangkok Post

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Gerik....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Meskipun melakukan persiapan terakhir namun ia tidak menjadi masalah buat kuartet 4×100 meter (m) lelaki...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Selebriti versatil Alif Satar mengakui mempraktikkan prinsip mengelak daripada terjebak adegan mesra atau intim dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. YEREVAN: Jumlah korban insiden letupan besar di sebuah pasar di ibu negara Armenia, meningkat kepada 16 orang. Menurut...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications