Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pengguna Islam Asia Tenggara ikut trend tanpa abai agama


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA: Satu per tiga daripada pengguna Islam di Asia Tenggara menyifatkan mereka tetap berpandukan ajaran agama dalam membuat keputusan mengenai perbelanjaan, perbankan, pelancongan dan pendidikan.

Hanya 21 peratus daripada 250 juta pengguna Islam yang kurang peka terhadap semua aspek berkenaan, manakala 45 peratus lagi menganggap mereka didedahkan dengan pengetahuan serta kesedaran tinggi mengenai kepentingan ajaran Islam.

Perkara itu didedahkan menerusi kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,000 responden di Indonesia dan Malaysia serta diterbitkan dalam laporan Pengguna Islam Baharu kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan Wunderman Thompson Intelligence dan VML Y&R Malaysia, hubungan yang ‘tidak berbelah’ bahagi dengan Allah SWT merupakan aspek paling penting dalam kehidupan bagi 91 peratus umat Islam di Asia Tenggara, setanding dengan kesihatan dan hanya mendahulukan keluarga.

Hanya 34 peratus menganggap kekayaan sangat penting, dengan 28 peratus menilai minat mereka dan 12 peratus lagi menyifatkan kemasyhuran sebagai keutamaan.

Menurut laporan tersebut, kepercayaan agama yang semakin meningkat dan pendedahan terhadap kepenggunaan gaya Barat menyebabkan kepenggunaan Islam berkembang dari segi makanan, fesyen dan teknologi yang mengikut syariah, termasuk aplikasi temu janji dan pelancongan halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengguna Islam semakin peka dalam membuat keputusan untuk sebarang pembelian,” kata Pengarah Asia Pasifik untuk Wunderman Thompson Intelligence, Chen May Yee.

Bagi pengguna Islam, status halal sesuatu produk memainkan peranan paling penting dalam keputusan pembelian, sekali gus mendahului nilai wang, kualiti dan pertimbangan alam sekitar.

Selain itu, lebih 66 peratus pengguna Islam mementingkan perbankan atau pelaburan berlandaskan undang-undang Islam, manakala 77 peratus lagi mengutamakan makanan halal dalam pemilihan destinasi pelancongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Asia Tenggara bukan sahaja pasaran untuk pengguna Islam, malah ia menjadi ‘tapak ujian’ untuk semua trend global terbaharu.

“Pembaharuan yang berlaku tidak sedikit pun menggoyahkan nilai kepenggunaan penduduk Islam,” ujar penulis dan penyelidik di Wunderman Thompson Intelligence, Safa Arshadullah.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Hanya Kerana Tersilap Eja, Guru Didakwa Tergamak Belasah Pelajar Hingga Mati Polis India sedang mencari seorang guru yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri menerusi rombakan Kabinet yang dititahkan Raja Salman. ...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PELAKON cantik, Ria Ricis sekali lagi menuai kritikan netizen tentang caranya mengasuh bayi yang kini berusia dua bulan....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MARAN – Seorang guru kelihatan sihat ketika sedang memberi memberi ucapan di hadapan pelajar dan ibu bapa tiba-tiba...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications