Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penghantar Makanan Maut, Dilanggar Kereta Di Lampu Isyarat


Seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal parah dalam satu kejadian kemalangan selepas dilanggar oleh kereta di lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, dalam kejadian berlaku 2.30 petang, hari ini.

Kemalangan maut berkenaan dilapor melibatkan lima buah kenderaan, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, pihaknya telah menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kesan dari pelanggaran tersebut telah menyebabkan dua SUV itu terbabas kemudian merempuh dua motosikal dan sebuah kereta Proton Wira.

| KampungmamakcomKredit Facebook

“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan yang berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital,” kata Vijaya Rao lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian kemalangan itu turut tersebar di media sosila selepas rakaman kamera dashcam sebuah kenderaan yang berada di laluan bertentangan menunjukkan dua buah SUV itu bergesal sebelum melanggar motosikal yang dinaiki mangsa.

Kedua-dua pemandu SUV yang berusi 20 dan 24 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Sukan

3s NAIROBI, Kenya – Berita sedih menyelubungi sukan maraton apabila pemegang rekod dunia sukan tersebut, Kelvin Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden...

Hiburan

3s DUA pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila muncul dengan foto berdua menggayakan satu fotografi fesyen dengen...

Advertisement