Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penghantar makanan maut rempuh lori kelapa


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA SELANGOR – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 23 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak ke Selayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri lampu isyarat.

“Mangsa yang menunggang Yamaha 135 LC dari arah belakang dikatakan merempuh belakang lori tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan cedera parah lalu disahkan meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Ramli, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Penduduk di Bournemouth, United Kingdom (UK) mengecam tindakan seorang individu yang menggunakan dua tempat letak kenderaan semata-mata...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Beberapa bulan ini kemalangan membabitkan trak pikap semakin menjadi-jadi. Puluhan nyawa terkorban dalam kemalangan membabitkan jentera 4X4 yang...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Perceraian pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina menjadi satu kejutan besar buat semua...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BIRMINGHAM – Impian Elaine Thompson untuk mejelmakan emas sulung peribadi pada temasya Sukan Komanwel 2022 terlaksana selepas mengungguli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications