Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Penghayatan makna sebenar Hari Malaysia kukuhkan semangat perpaduan rakyat – TPM


PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama menzahirkan penghayatan dan meraikan penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penuh rasa bangga dan berjiwa bangsa.

Menurut beliau dalam sebuah hantaran di laman Facebook, semangat ini perlulah dipupuk bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.

“Atas semangat ini, Hari Malaysia mampu menguatkan integrasi nasional agar kita sedar erti Merdeka yang sebenar, iaitu bukan sekadar Tanah Melayu tetapi juga Sabah dan Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ayuh semua, kita kenangkan kembali jasa dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tokoh-tokoh Sabah dan Sarawak yang telah menjayakan pembentukan Malaysia,” katanya dalam hantaran sama.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar menghentikan sentimen 3R (raja, agama, dan kaum) yang hanya akan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

“‘Segulai Sejalai’, yang membawa maksud ‘berjalan seiringan’ perlu dizahirkan oleh semua rakyat untuk mengekalkan keharmonian, memastikan negara selamat, serta menjamin kestabilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerjasama dan perpaduan perlu dibina bersama oleh semua kaum tanpa rasa curiga dan iri hati kerana perjalanan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tidak boleh dilakukan secara bersendirian,” katanya.

Beliau berkata, kemajuan yang dimiliki sekarang adalah melalui kukuhnya semangat kebersamaan hasil pejuangan bersama.

“Hari Malaysia harus menjadi medan manfaat untuk mengintegrasikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung ke arah agenda pembangunan yang lebih berdaya maju, demi kelangsungan negara bangsa Malaysia yang tercinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Marilah kita semua menghayati makna Hari Malaysia supaya generasi akan datang dapat memiliki Malaysia yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications