Hi, what are you looking for?

Tempatan

Pengurus Syarikat Pembinaan Disiasat Buat Laporan Palsu Hilang Wang


SEREMBAN, 15 Jan (Bernama) — Polis menyiasat seorang pengurus syarikat pembinaan kerana disyaki membuat laporan palsu, kononnya kehilangan wang RM39,800 di dalam kenderaannya di Port Dickson, dekat sini yang sebenarnya digunakan untuk berjudi, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata taktik lelaki berusia 32 tahun, yang didapati sengaja mereka cerita tentang kehilangan wang tersebut kerana ingin melewatkan pembayaran gaji pekerja itu terbongkar, setelah disoal siasat polis kira-kira 11.15 malam tadi.

“Dalam kejadian pukul 9.33 malam, lelaki itu membuat laporan dengan mendakwa wang yang disimpan dalam beg sandang dan diletakkan di dalam kenderaan, telah hilang pada hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut lelaki itu, pada pukul 2.30 petang, dia mengeluarkan wang berjumlah RM45,000 dari sebuah bank di Cyberjaya bagi membayar gaji pekerja, dan meletakkan wang itu dalam beg sandang di bawah kerusi tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata lelaki itu kemudiannya ke rumah bapa saudaranya di Lukut dan menyerahkan RM4,700 kepada bapa saudaranya itu, sebelum mendapati duit berserta beg sandang telah hilang namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaan sejurus selesai makan di kedai di Taman Sentosa, Lukut.

Bagaimanapun, beliau berkata setelah disoal siasat lanjut polis mendapati lelaki berkenaan sengaja mereka cerita tentang kehilangan wang berjumlah RM39,800 itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan orang awam diminta supaya tidak membuat apa-apa laporan polis palsu, bagi mengelakkan diambil tindakan undang-undang.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications