Hi, what are you looking for?

Mamak News

Pengurus Walmart tembak mati enam rakan sekerja di bilik rehat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

VIRGINIA: Seorang pengurus Walmart berusia 31 tahun menembak mati enam orang di sebuah cawangan pasar raya berkenaan di Chesapeake, Virginia yang dipenuhi pelanggan sebelum membunuh diri dalam insiden tembakan terbaharu di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Pihak berkuasa bandar mengenal pasti penembak itu sebagai penduduk Chesapeake bernama Andre Bing yang bersenjatakan sepucuk pistol dan Walmart mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Bing adalah ketua pasukan kakitangan syif malam yang bekerja dengan syarikat itu sejak tahun 2010.

ANDRE BING

Seorang pekerja bernama Briana Tyler yang terselamat daripada serangan itu memberitahu, adegan keganasan tersebut tercetus apabila pengurus kedai tersebut secara tiba-tiba memasuki bilik rehat kakitangan dan melepaskan tembakan.

“Dia tidak menyasarkan sesiapa secara khusus dan mula melepaskan tembakan secara rambang di seluruh bilik rehat dan saya melihat ramai orang jatuh ke lantai, sama ada mereka cuba bersembunyi untuk perlindungan atau mereka ditembak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lelaki bersenjata itu memandang tepat ke arah saya dan terus melepaskan tembakan tetapi saya terselamat kerana tembakannya tersasar hanya beberapa inci sahaja. Dia tidak berkata apa-apa,” kata Tyler memberitahu program Good Morning America ​​di saluran ABC.

Penembak berkenaan dan dua mangsa ditemui mati di bilik rehat kakitangan, manakala mayat seorang lagi mangsa ditemui di bahagian hadapan kedai.

Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat luka tembakan meninggal dunia di hospital dengan mangsa termuda dilaporkan berusia 16 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua polis Chesapeake, Mark Solesky berkata, empat lagi mangsa masih dirawat di hospital dan mengesahkan hanya enam mangsa yang meninggal dunia walaupun menyatakan kemungkinan 10 yang maut dalam kenyataan sebelum ini.-AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen letak jawatan sebagai Ketua Parti Progresif Demratik (DPP) berikutan kekalahan teruk pada pilihan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia terlalu lama dengan memberikan fus...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui lemas di kawasan sungai berdekatan Flat Permai Indah, Pandamaran Jaya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BN Akan Song Usul Undi Percaya Agar Keabsahan PM Dimuktamad – Zahid Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications