Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Peniaga dibelasah main cinta dengan isteri orang


JEMPOL – Seorang peniaga cedera dipukul dengan penyapu dan getah paip selepas dipercayai bermain cinta dengan isteri orang dalam kejadian di Serting, Isnin lalu.

Lebih malang, duit dalam akaun lelaki berusia 20-an itu berjumlah RM14,000 turut dikebas kesemuanya oleh suspek termasuk suami wanita berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang masih bujang telah berkenalan dengan isteri orang melalui aplikasi WhatsApp kira-kira dua bulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hubungan terlarang itu diketahui suami wanita berkenaan dan suspek telah meminta mangsa datang ke rumahnya kira-kira pukul 1 pagi.

“Sebaik tiba, lelaki itu dipukul suami wanita itu dan lima ahli keluarganya dengan penyapu, batang cangkul serta getah paip di bahagian badan, kepala selain ditumbuk pada bahagian mata,” katanya hari ini.

Ujar sumber, suspek kemudiannya meminta kad bank dan nombor pin milik mangsa sebelum mengeluarkan RM15,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“RM1,000 diserahkan kepada mangsa manakala selebihnya sebagai ganti rugi telefon yang diberikan isteri suspek kepadanya,” ujarnya.

Kesemua enam suspek berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun direman bermula 24 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta 384 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement