Hi, what are you looking for?

Mamak News

Peniaga maut dibelasah sekumpulan lelaki mabuk


KUALA LUMPUR – Sepuluh individu termasuk dua lelaki Myanmar ditahan susulan terbabit kes pukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian di sebuah pusat hiburan sekitar Kompleks Metro Pudu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, peniaga berusia 29 tahun itu telah dipukul secara berkumpulan sekitar pukul 5 hingga 7 pagi.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki mabuk sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.40 petang pada hari yang sama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pergaduhan berpunca perselisihan faham antara mereka yang bermula dari dalam pusat hiburan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perselisihan berterusan di luar pusat hiburan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menjalankan operasi khas untuk mengesan suspek bermula 10.30 malam semalam sehingga 12.15 pagi tadi.

“Kita berjaya menahan lapan lelaki tempatan berusia di antara 20 tahun hingga 37 tahun dan dua lelaki Myanmar berusia 28 tahun hingga 43 tahun di sekitar Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh) dan jika sabit kesalahan boleh
dihukum mati,” jelasnya.

Katanya, hasil siasatan lanjut yang dijalankan, punca kejadian pergaduhan adalah perselisihan faham semasa kejadian.

“Siasatan masih dijalankan dan permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dimohon,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, polis memberi amaran keras agar orang ramai supaya tidak terlibat membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkait kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau
mana-mana balai polis berhampiran,” pesannya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications