Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Peningkatan Harga Makanan & Minuman Di Restoran & Hotel Penyumbang Utama Kadar Inflasi


Peningkatan Harga Makanan & Minuman Di Restoran & Hotel Penyumbang Utama Kadar Inflasi – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini memaklumkan bahawa peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah terutamanya di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi.

Menurutnya, secara keseluruhan inflasi bagi tahun 2022 mencatatkan 3.3 peratus selepas tinjauan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perbandingan bulan ke bulan pula menunjukkan inflasi bagi bulan Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2 peratus, ianya lebih rendah berbanding 0.3 pada November 2022.

“Semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen restoran dan hotel dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain,” katanya lagi.

Dalam laporan data yang diambil dari bulan Julai hingga Disember 2022 mencatatkan trend penurunan iaitu pada  Julai (4.4 peratus) Ogos (4.7 peratus) September (4.5 peratus), Oktober (4.0 peratus), November (4.0 peratus) dan Disember (3.8 peratus).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan itu, tahap inflasi Malaysia pada Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2021.

Beliau berkata demikian seperti mana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada minggu lalu.

Menurutnya lagi, usaha untuk mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak dari kerajaan, peniaga sehinggalah kepada rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seperti mana yang disebutkan sebelum ini, kerajaan ingin mengingatkan bahawa pengguna boleh memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan di antara permintaan dan bekalan demi mengawal inflasi.

“DOSM telah melancarkan OpenDOSM NextGen pada 12 Januari 2023, iaitu platform data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang diterbitkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.

“Platform ini turut mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan oleh KPDN,” maklum Rafizi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya lagi, data PriceCatcher yang diterbitkan merupakan data terkini dengan selang waktu satu hari. Kerajaan mengharapkan penerbitan data ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat dan seterusnya menjadikan permintaan lebih anjal disamping mengawal kenaikan harga.

Dalam pada itu, pelbagai usaha lain juga telah dilaksanakan untuk mengawal harga di semua restoran dan gerai makanan di seluruh negara.

Pun begitu, Rafizi menjelaskan bahawa terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan pemantauan disebabkan kapasiti pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Beberapa agensi kerajaan termasuk kementerian Ekonomi, KPDN, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu sebagai quick win solution kepada isu kos sara hidup dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

“Langkah untuk jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterunya membantu mengawal kenaikan harga,” jelasnya.

Sumber: Kementerian Ekonomi via Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement