Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penjaga zoo putus tangan digigit harimau benggala


TOKYO – Tangan seorang penjaga zoo cedera digigit oleh seekor harimau yang terlepas sebelum ia menyerang dua kakitangan lain di sebuah taman safari di Tokyo, lapor akhbar The Sun semalam.

Harimau benggala itu ditemui berkeliaran di luar kandangnya di Taman Safari Nasu apabila kakitangan tersebut tiba kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Haiwan seberat 150 kilogram itu tidak dipagar di dalam kandang dengan betul pada malam sebelumnya, lapor agensi berita Kyodo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga kakitangan zoo yang kembali keesokan pagi untuk mencari haiwan itu di koridor menuju ke kawasan pameran diserang secara kejam dengan seorang pekerja wanita berusia dalam lingkungan 20-an kehilangan tangannya.

Seorang kakitangan wanita lain turut digigit pada badannya, manakala seorang kakitangan lelaki mengalami kecederaan di kepala. Mereka kemudian dibawa ke hospital.

Menurut agensi berita Kyodo, penjaga zoo tidak memeriksa pagar kandang harimau dengan betul sebelum taman itu ditutup. Polis kini menjalankan siasatan di taman itu disebabkan kecuaian pengurusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemalangan berlaku di kandang harimau pada pagi 5 Januari 2022 dan seorang pekerja telah cedera. Kami sedang mengesahkan keadaan pekerja-pekerja dan menyiasat punca insiden tersebut,’’ tulis pihak zoo menerusi ciapan di Twitter.

“Kami akan beritahu dengan lebih lanjut sebaik sahaja mengetahui butiran kejadian. Buat masa ini, taman itu akan kekal ditutup,’’ jelas ciapan itu. – Agensi



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications