Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penjawat awam Negeri Sembilan sambut baik Belanjawan 2023


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Penjawat awam Negeri Sembilan menyambut baik beberapa insentif khas yang diberikan kepada mereka susulan pembentangan Belanjawan 2023 negeri itu, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik berkata, dengan penetapan itu, beliau menyeru agar semua penjawat awam berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri.

“Saya mewakili seluruh penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih susulan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, selain Bantuan Khas Kewangan (BKK), mereka yang layak akan menerima kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah untuk tahun ketiga.

“Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan melalui SPTB PLUS (SKHT) dan perluasan e-DOKET.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia adalah bagi meningkatkan kecekapan kutipan hasil negeri dan membolehkan urusan pentadbiran dibuat secara dalam talian,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan agar semua penjawat awam agar berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mempertingkat produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan Melunas Janji Menggalas Harapan yang menyediakan sembilan bidang dengan 64 inisiatif bagi membantu rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya termasuk pemberian BKK satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 melibatkan seramai 5,599 orang penjawat awam negeri itu yang mana akan dibayar pada Januari dan April 2023. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALGIERS: Mahkamah Algeria menjatuhkan hukuman mati ke atas 49 suspek yang terlibat melakukan pembunuhan kejam seorang pelukis yang...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BINTANG pop China, Kris Wu yang juga bekas artis idola K-pop dihukum penjara selama 13 tahun atas kesalahan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Rampas Cintaku menjadi judul tempatan teratas yang sanggup dibayar oleh penonton di Malaysia, menjadikannya sebagai drama Melayu paling...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Para penyong Selangor diingatkan agar tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan ketika...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications