Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Penoreh getah mati lemas, perahu terbalik ketika angkat pukat


PASIR MAS – Seorang penoreh getah lemas semasa mengangkat pukat apabila bot yang dinaiki bersama anak lelakinya terbalik di Sungai Danau Tok Uban di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Asri Mohd. Nor, 51, ditemui oleh penduduk kampung itu di kawasan dasar sungai tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasarudin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama anaknya, Khairul Nizam, 13, turun ke sungai itu untuk mengangkat pukat kira-kira pukul 7.30 pagi selepas sarapan di sebuah kedai kopi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, semasa dua beranak itu mengangkat pukat, kayu yang dipacak pada pukat tersebut patah sebelum perahu terbalik dan mereka jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa dipercayai terus tenggelam ke dalam sungai manakala anak lelakinya menjerit meminta pertolongan apabila mereka berdua tidak pandai berenang.

“Penduduk kampung yang berada berhampiran sungai itu sempat menyelamatkan anaknya, namun mangsa tenggelam di dalam air. Penduduk telah melakukan selaman ke dasar sungai sebelum menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Mohd. Nasarudin, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Tok Uban sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement