Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penumpang buka pintu kecemasan pesawat kerana sesak nafas, mahu turun segera


SEOUL: Seorang lelaki yang membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines ketika dalam penerbangan memberitahu dia berbuat demikian kerana berasa sesak nafas dan mahu turun dengan cepat.

Ketika kejadian berlaku semalam, pesawat dalam penerbangan domestik itu membawa hampir 200 penumpang ketika menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 kilometer di tenggara Seoul.

Apabila pesawat berada sekitar 200 meter sebelum mendarat, polis berkata lelaki berusia sekitar 30-an yang tidak didedahkan identitinya bertindak membuka pintu keluar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penumpang itu kemudiannya ditahan polis Daegu untuk disoal siasat dan memberitahu polis bahawa dia tertekan selepas kehilangan pekerjaan baru-baru ini.

“Dia berasakan penerbangan itu mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya dan berasa sesak nafas dalam kabin. Jadi dia mahu keluar dengan cepat,” kata seorang detektif polis Daegu kepada AFP.

Berikutan itu, penumpang terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video pendek insiden yang dirakam oleh penumpang di dalam pesawat Airbus A321-200 disiarkan oleh Agensi Berita Yonhap Korea Selatan.

Rakaman menunjukkan angin merobek pintu terbuka di udara, dengan kain sandaran tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan selain beberapa penumpang menjerit ketakutan.

Satu lagi video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan penumpang duduk di barisan keluar kecemasan di sebelah pintu terbuka ditiup angin kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, 12 orang dibawa ke hospital selepas pesawat itu mendarat kerana mengalami masalah ketidakselesaan dan pernafasan.

Tiada kecederaan serius atau kerosakan direkodkan. Seorang penumpang berusia 44 tahun memberitahu Yonhap bahawa keadaan huru-hara dalam penerbangan selepas pintu pesawat dibuka.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pengangkutan memberitahu AFP bahawa ia adalah kejadian pertama dalam sejarah penerbangan Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications