Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penumpang terkejut pintu pesawat terbuka ketika mendarat


SEOUL: Sebuah pesawat Asiana Airlines berjaya mendarat dengan selamat di bandar Daegu di Korea Selatan walaupun berdepan detik cemas selepas pintu pesawat dibuka sejurus sebelum tiba di lapangan terbang, lapor jurucakap syarikat.

Pesawat yang membawa 194 penumpang itu berlepas dari Pulau Jeju sebelum tiba di lapangan terbang Daegu kira-kira pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan).

Namun ketika sedang mendarat, pintu pesawat dibuka secara manual lebih awal oleh seorang penumpang pada ketinggian 200 meter di udara, menyebabkan ada yang mengalami kesukaran bernafas akibat terlalu takut dan terkejut dengan insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Asiana Airlines mengesahkan, tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu dan sembilan orang yang mengalami masalah pernafasan sudah dibawa ke hospital berhampiran.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana pintu itu dibuka.

Agensi berita Yonhap melaporkan, seorang penumpang lelaki berusia 30-an sudah ditahan polis kerana disyaki cuba membuka pintu secara paksa ketika pesawat itu bersiap sedia untuk mendarat namun tidak jelas mengapa dia berbuat demikian.-REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications