Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penunggang motosikal maut keluar simpang


TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat Proton City di sini hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan mangsa, Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 keluar simpang dan melanggar sebuah treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 48 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak cedera. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications