Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penyakit misteri ala Covid-19 ragut 21 nyawa di Afghanistan 


KABUL: Sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti sejenis `penyakit misteri’ yang seakan-akan Covid-19 di Afghanistan. 

Lapor Daily Mail, kesemua kes itu direkodkan berlaku di kawasan pegunungan Wakhan di timur laut Afghanistan, yang bersempadan dengan Tajikistan dan Pakistan.

Pegawai kesihatan dihantar ke lokasi berkenaan untuk menyiasat jenis dan punca penyakit tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai penyakit sebenar itu masih belum didedahkan.

Bagaimanapun, akhbar Afghanistan Times melaporkan pegawai kesihatan menggambarkan penyakit misteri itu `hampir serupa’ dengan jangkitan Covid-19.

Jelas laporan itu, kes kematian pertama akibat penyakit misteri itu dilaporkan dua minggu lalu.  

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kyrgyzstan, yang tidak bersempadan dengan Afghanistan, mengambil langkah berjaga-jaga menghantar pasukan perubatan ke negara itu berikutan bimbang penularan pantas penyakit itu. 

Baru-baru ini, Afghanistan dilanda wabak kolera dan polio.

Minggu lalu, agensi berita Bakhtar melaporkan sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit pernafasan dalam tempoh sebulan di wilayah Baghlan, utara Afghanistan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan itu, pihak pengurusan Hospital Baghlan mengesahkan seramai 1,000 kanak-kanak dijangkiti penyakit pernafasan itu di wilayah tersebut sejak sebulan lalu. 

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada November tahun lalu mendedahkan bilangan kanak-kanak dirawat untuk pneumonia meningkat lebih 50 peratus pada 2022 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.   


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications