Hi, what are you looking for?

Mamak News

Penyanyi buta raih Golden Buzzer di America’s Got Talent 


JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini.

Lapor Kompas, Putri Ariani, 17, menerima buzzer emas daripada juri Simon Cowell setelah memberikan persembahan memukau dalam program realiti pencarian bakat terkemuka dunia itu.

Pemberian buzzer emas itu melayakkan Putri mara terus ke pusingan separuh akhir AGT musim ke-18.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika sesi uji bakat, Putri menyanyikan dua buah lagu sambil bermain piano di pentas AGT 2023. 

Dia memulakan persembahannya dengan lagu ciptaan sendiri berjudul Loneliness yang berjaya memukau para pengadil dan penonton sehingga diminta oleh Simon untuk menyanyikan sebuah lagi lagu.

Putri bersetuju dengan permintaannya dan mempersembahkan lagu Elton John berjudul Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.    

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua lagu dipersembahkan Putri dengan caranya tersendiri membuatkan para penonton memberi standing ovation dan tepukan gemuruh.

Pengadil lain memuji persembahan Putri manakala Simon pula bangun dari tempat duduknya dan menekan butang buzzer emas.

Putri atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri merupakan pemenang program Indonesia’s Got Talent pada tahun 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak itu, kerjaya nyanyian Putri terus memuncak dengan menghasilkan beberapa lagu menerusi single solo atau kolaborasi bersama penyanyi lain.   

Putri juga pernah mempersembahkan lagu Song of Victory pada pembukaan Sukan Para Asia 2018 di Jakarta. 


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications